Skip to main content

Bintang...

Teringat suatu ketika dulu pernah bercita-cita untuk menjadi ahli astronomi. Ketika itu, suka sangat dengan pelajaran buruj dalam sains yang diajar oleh cikgu saya. Mengenalpasti bentuk buruj-buruj di dalam buku sains, kemudian pada malamnya membawa buku tersebut dan memanjat lalu berbaring diatas bumbung kereta abah, di halaman rumah, untuk membanding bentuk bintang sebenar dilangit dengan yang dalam buku.



Sungguh indah bintang di langit, berkelipan dan bersinar terang dalam kegelapan malam. Pada waktu itu, terdetik alangkah indahnya kalau saya ada teleskop, boleh melihat bintang-bintang ini dengan lebih dekat, bintang yang banyak berjasa kepada ahli pelayar, juga membantu kita umat islam mengenalpasti arah kiblat. Saya menyimpan niat, apabila dewasa, nak jadi ahli astronomi, dan nak memiliki teleskop sendiri.

Masa berlalu, oh saya rupanya hanya minat pada topik buruj itu sahaja, saya tidak begitu meminati bab-bab sains yang lain. Jiwa saya lebih menyukai dan menggilai subjek matematik. Membuat latihan matematik berjam-jam pun saya sanggup, tapi membaca dan cuba memahami konsep sains, beberapa minit pun saya boleh menguap. Hohoho..maka sebab itu terpaksa menguburkan cita-cita ahli astronomi itu, kerana tiada daya upaya saya untuk menjadikan sains sebagai bidang pekerjaan saya. Hingga sekarang, bila melihat bintang dilangit, hati saya sangat tenang, dan akan terkenang cita-cita yang tidak kesampaian itu.

Kenapa entry bintang ni? Sebab ada dua lagu kegemaran saya baru-baru ini, bertemakan bintang. 'Terukir di Bintang' nyanyian yuna, dan 'Biar mimpi sampai ke bintang' nyanyian Asmidar. Walaupun temanya cinta, tapi harapan kedua-dua lagu ini tetap simbolik makna yang sama. Harapan yang sangat tinggi seperti tingginya bintang dilangit. Walaupun lagu lagu ini tiada kaitan dengan cita-cita saya yang tidak kesampaian itu, tetapi ada banyak perkara yang lain yang kita boleh impikan, kerana biarlah mimpi..sampai ke bintang.

lagu BIAR SAMPAI KE BINTANG nyanyian asmidar

Biar mimpi mimpi kita jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus aku
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita dari mimpi mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir 
Tuk membawa mimpi mimpi kita
Biar mimpi sampai ke bintang kerna kita semua tahu
Kerana ini impian setiap satu dari kita
Tiada gunung yang terlalu tinggi
Tiada laut yang terlalu luas
Tuk mereka memisahkan kita dari mimpi mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir 
Tuk membawa mimpi mimpi kita menuju ke bintang


lagu TERUKIR DI BINTANG nyanyian yuna

Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu
Tapi sayangkan ku capai bintang dari langit untukmu
Jika engkau minta satu dunia akan aku cuba
Ku hanya mampu jadi milikmu pastikan kau bahagia

Hati ini bukan milik ku lagi
Seribu tahun pun akan ku nanti
Kan… kamu…

Sayangku
Jangan kau persoalkan siapa di hatiku
Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu



> agaknya macamana lah gaya cikgu ye kalau jadi ahli astronomi? Mesti tak bercampur gaul dengan orang duk tengok bintang je hahahhaa
>> hmmm... sibuklah awak!




Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...