Saturday, 8 February 2014

Santai di Ulu Bendul

Noi asyik menyebut nak mandi kolam, nak mandi kolam, nak mandi kolam..sampai rasa rimas telinga mendengarnya. Rasanya dah seminggu mengemas2 baju renangnya dan membelek2 pelampungnya...Aduhai anak.. anak..

Maka, untuk menunaikan hajatnya, kami pun sepakat ke Ulu Bendul, air terjun yang berhampiran dengan kami di Seremban. Lokasi Ulu Bendul ni memang dalam 15 minit saja dari rumah. Hutan Lipur Ulu Bendul ini terletak dalam laluan saya menuju ke sekolah setiap hari. Air terjun Ulu Bendul merupakan air yang mengalir dari atas Gunung Angsi yang saya daki tidak lama dahulu (anda boleh baca entry nya di sini ). Kawasan untuk perkelahan di Ulu bendul ini ada dua bahagian. Bahagian yang mengekalkan keaslian jeramnya, batu-batu dan curahan air jeram. Satu bahagian lagi yang telah diubahsuai hingga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam khas untuk kanak-kanak, budak-budak besar, dan dewasa, lengkap dengan gelongsor air. Satu yang menarik, walaupun dilengkapi banyak kemudahan, lokasi ini boleh dinikmati secara percuma. Tiada sebarang sekatan untuk membawa makanan, tiada bayaran masuk yang dikenakan. Alhamdulillah..

Piknik kami meriah dengan bekal nasi dan lauk pauk, juga dengan kehadiran mak dan kak tini

  
Makan dulu sebelum mandi :)

Gembira 3 beradik main gelongsor dengan pelampung yang disewa RM5. Mainlah sampai puas :)

Kami pegi ni dah musim yang agak kering. Tiada hujan. Lantai agak bersih dan jernih kerana tiada keladak pasir. Namun, air tetap sejuk seperti ais! Brrrr~ seejuuukk~

Ready untuk terjun ~ :)


Gelongsorr ~~  :)

  
Pin~ Pin~ Kami naik motobot duyung hahaha

Oleh kerana hanya nak beri anak-anak enjoy, kami hanya berada di kolam kanak-kanak yang ada dua gelongsor ni. 

Ada jugak kawasan untuk budak-budak yang lebih besar, dan dihujung sana adalah kawasan dalam untuk dewasa. 

Ulu Bendul Cafe merupakan kawasan deretan kedai baru, yang baru sahaja beroperasi dalam beberapa bulan yang lalu.

Ini pula kawasan deretan kedai yang memang telah lama bertapak disini.


Walaupun dah selalu datang ke sini, memang tak pernah jemu untuk datang lagi dan lagi :)







2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu hawa...
    Tahniah di atas penghasilan dan penulisan blog yang menarik dan berinformasi...
    Semoga dapat bertukar2 idea dan pengalaman...

    Jemput ke blog saya
    1. muhdfarizhjismail.blogspot.com (berkaitan profesion perguruan)
    2. muhdfarizhjismail.wordpress.com (keluarga)

    Salam ukhuwwah

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam cikgu fariz..terima kasih sebab sudi menjengah blog yg seadanya ni :)

    ReplyDelete