Monday, 13 July 2015

Trip Jelajah Selatan Thailand -Golok Hari 1

Sungguh lama rasanya tidak menulis tentang aktiviti kesukaan kami sekeluarga iaitu melancong. Kali ini kami mengorak perjalanan keluar dari sempadan negara Malaysia. Travel kali ini adalah perjalanan pertama ke luar negara bagi Lukhman, Yussuf dan Khadijah. Namun memang perjalanan pertama bagi Fateh, si kecil saya berusia 5 bulan. Amboiii keluar negara terus kau Fateh!

Sebagai permulaan, kami hanya pergi ke sebelah selatan Thailand, iaitu masuk melalui Rantau Panjang ke Golok, ke Narathiwat, ke Pattani, ke Songkhla dan turun semula ke Hatyai, seterusnya ke Dannok dan masuk semula ke Malaysia melalui sempadan di Bukit Kayu Hitam.

Perjalanan ini tidak terancang. Bila sahabat saya di sekolah, cik Jah memaklumkan tentang majlis perkahwinannya yang akan berlangsung di Ketereh, Kelantan, pada 2 Jun 2015,  saya dengan penuh semangat kata akan hadir. Insha Allah hadir. Sedaya upaya akan hadir hahahaha.(hebatkan kesungguhan saya hihi).. ini antara sahabat baik saya di sekolah. Sebenarnya sepanjang saya pregnant anak ke 4 tahun lepas, saya menginap di rumah warden, dan Cik Jah dan Huda adalah warden berdedikasi yang sangat banyak saya terhutang budi pada mereka berdua. Sayang korang.

Maka untuk memastikan trip ke Kelantan itu dipersetujui suami, maka saya dan suami berbincang tentang program selepas menghadiri majlis perkahwinan, iaitu melaksanakan percutian yang telah lama kami hendak lakukan iaitu jelajah Selatan Thailand ini :)


Bersama Jah dan pasangannya


Selamat Pengantin Baru untuk Jah dan suami


Selepas menghadiri majlis sahabat saya, kami meneruskan perjalanan ke Rantau Panjang dan terus menuju ke sempadan ke Pusat Imigresen di Sungai Golok, Thailand.

Papan tanda selamat datang ke Sungai Golok. Menyeberangi sungai ni memang hati dah rasa teruja sangat.

Di hadapan bangunan imigresen.

Sungai Golok Boundary Post

Pintu masuk imigresen. 

Urusan di sini sangat senang kerana tidak banyak kenderaan. Untuk trip ini, kami membawa kenderaan sendiri. Lebih mudah dan lebih selesa kerana tidak perlu mengikut jadual orang atau menyewa dengan hari-hari tertentu.

 Apa yang diperlukan hanyalah geran kenderaan yang boleh diambil di Bank tempat anda buat pinjaman kereta anda, dan bayaran insuran lebih kurang RM45 sebagai insuran coverage selama sebulan di Thailand. Bayaran ini dibuat di kaunter imigresen disini. Selepas segala urusan cop pasport dan pengisytiharan selesai, kami pun melepasi sempadan ini dan menuju ke Bandar Golok.

Berada di Bandar Golok, suatu yang paling ketara bagi saya adalah penunggang motosikalnya yang tidak memakai helmet. Menurut suami, Thailand berada di bawah pemerintahan tentera. Tentera hanya memastikan keamanan dan keselamatan rakyat sahaja, tidak ada urusan saman atau undang-undang remeh disini. Walaupun tanpa helmet, kadar kemalangan jalan raya di Thailand adalah antara negara yang paling rendah sekali di dunia.

Sahabat bikers kepada suami saya sudah menunggu. Beliau membawa kami ke sebuah kedai makan muslim milik seorang rakan bikers mereka di Luksuea Anusorn Soi 3 Rd (huhu nama jalan di sana) . Kedai makan muslim sangat mudah di kenal di Thailand ini. Jika penjualnya wanita bertudung, maka kedai itu adalah kedai muslim. Semua wanita siam ini susah hendak dibeza sebab wajah hampir sama. Maka senang dibezakan bahawa yang bertudung adalah muslim.

  Ibarat rusa masuk ke kampung, saya langsung tiada idea hendak memesan makanan apa. Maklumlah trip ini trip adhoc, maka langsung takde buat sebarang research atau google tentang makanan atau adat resam di sini hahahahaha.



haaaa.... inilah dia menu yang terpapar di kedai tersebut. ha boleh baca? boleh baca? Sila baca kahkahkah memang saya blurrr 


Suami pesan menu ini untuk kami. Pulut Santan dengan durian. Saya suka makan pulut. Saya suka makan durian. Tapi bila kedua-duanya disatukan oleh santan, rasa pelik pulak nak makan huhu...tapi ok je sedap juga sebenarnya.


Hari yang beransur lewat petang menyegerakan kami untuk ke tempat penginapan. Rakan suami membawa kami ke Hotel Grand Garden , hotel yang terdapat di Golok. Hotel ini mempunyai kolam renang yang merupakan keperluan wajib bagi anak-anak saya jika kami menginap di hotel.

Tak ingat nak ambil gambar bilik sebelum anak-anak menyerang dengan sepahnya hahaha, maka  sekadar ambil gambar tag hotel je hihi

Makan malam kami di suatu kedai di Golok. Rupa kedai memang langsung tidak ada lip lap lip lap lampu atau hiasan meriah seperti mana lazimnya kedai siam tomyam di Malaysia. Kedai ini terletak di ceruk mana entah, macam kawasan-kawasan bengkel baikpulih kereta. Tapi makanannya perghhhhhhhh!!!! Two thumbs up!!. Memang sedap! Kagum sampai nak menangis hahahahahaha~~


Aktiviti pagi. Pastinya untuk anak-anak tersayang. Mandi kolam~

Rupa bangunan hotel Garden Court.

Masa untuk shopping hehe..

 Golok merupakan bandar dengan sosio ekonomi sederhana di Thailand. Kebanyakan kedai yang menjual murah hanya aktif pada waktu siang. Mereka tutup kedai pada pukul 7 malam. Maka semalam disebabkan sudah lewat petang, saya tak sempat untuk mencuci mata sebab hampir semua kedai shopping sudah tutup. Produk yang ada di sini sama sebenarnya dengan apa yang kita boleh dapati di kedai-kedai milik peniaga Thai di Malaysia, cuma barang disini boleh di dapati dengan harga yang jauh lebih murah. Toto contohnya, di Rantau Panjang harganya menjangkau RM60 untuk pelbagai jenama. Namun di sini, harganya baru RM42 sahaja. Ini pun selepas Malaysia mengalami masalah kejatuhan ringgit. Menurut jurujual disini, sebelum ini, toto dijual dengan harga sekitar rm30 ke rm35 kepada pembeli dari Malaysia



Berlambak-lambak toto. Pilih sahaja idaman kalbu. Ada juga jualan handbeg, kasut, basikal, dan barang-barang keperluan rumah seperti periuk belanga lain yang boleh dibeli dengan harga murah. Namun kerana jauh lagi perjalanan kami, saya terpaksa menahan diri dari terjebak jauh dalam bershopping kihkihkih


Hah! ambikk... tak terjebak konon. 5 biji toto dan 10 biji bantal empat segi kahkahkahkah~memang penuh dan sendat ruang kereta kami. Haduiii baru satu destinasi hihi
Eh eh ehemm bukan untuk saya saja, kiriman kakak dan ole-ole untuk saudara :P



Destinasi seterusnya kami menghala ke Narathiwat. Itu... di entry akan datang ye. Tunggu..... huhu~




















3 comments:

  1. Assalamualaikum.

    Nak tanya pasal geran kereta kat border checkpoint tu.yg ori ke atau memadai yg salinan mcm masa renew roadtax tu. Tq

    ReplyDelete
    Replies
    1. salinan ic, lesen memandu, geran 2 copies

      Delete
    2. salinan ic, lesen memandu, geran 2 copies

      Delete