Sunday, 22 December 2013

projek menyiapkan gaun dan beg kain

Gembira sungguh cuti sekolah kali ni. Bermacam-macam aktiviti yang menyeronokkan saya dan anak2 lakukan. Cuti hujung tahun kali ni, saya menolak menjaga peperiksaan spm (terima kasih ustaz Mahyudin yang memahami) , saya juga menolak dari menanda kertas peperiksaan spm (terima kasih cikgu Lim yang memahami), saya mengahabiskan waktu dengan menambah baik diri saya sebagai seorang isteri dan ibu kepada 3 cahaya mata tersayang. Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas kesempatan ini.

Antara aktiviti yang saya lakukan ialah menyiapkan sehelai gaun untuk dipakai oleh anak dara saya. Saya bukanlah seorang yang pandai menjahit. Tiada bakat dalam jahitan. Cuma mempunyai beberapa pengetahuan asas tentang jahitan kerana pembelajaran KH ERT di sekolah dulu, dan juga bimbingan emak yang mahir menjahit hingga boleh mengambil tempahan jahitan ketika mudanya. Dari dulu, apa sahaja hasil jahitan saya sering mendapat kritikan percuma ahli keluarga, kerana masalah utama saya ialah 'nak cepat siap'. Saya sering mengabaikan faktor ketelitian dan kekemasan yang menjadikan seseorang tukang jahit dipandang tinggi. Mak selalu cakap" Adoi, napa lah asyik bengkang bengkok je jahitan ko ni wa..jelujur pun kecik besar kecik besar. Maaf ye mak, lain kali awa buat dengan lebih teliti ye :) tapi lain kali tu ntah bila huhuhu..

 Gaun untuk noi ini, telah lama saya impikan untuk menjahitnya, sejak saya dikurniakan seorang cahaya mata perempuan. Anak dara tu dah nak masuk 3 tahun, barulah tercapai impian tu. Walaupun jahitan agak 'belasahan' tapi siap juga akhirnya..

Bahagian gaun di depan dan belakang. Saya hanya menggunakan contoh gaun lain sebagai ukuran.

Suka paten gaun ni sebab gaun nya akan kembang bila duduk

Labuh supaya boleh pakai lama sikit :)

Satu lagi projek jahitan, ialah beg kain. Beg  yang boleh dibawa ke hulu ke hilir untuk apa saja. 

Bahagain sisi beg dan tapaknya. Beg ni saya jahitkan span di bahagian dalamnya supaya nampak lebih kukuh dan tebal. Ada lagi bahagian tulang dan tali. Tak masuk dalam gambar.

Ha inilah model beg saya. Saya buat besar sikit sebab rancang nak letak laptop dan buku rekod mengajar di dalamnya :)


Seronok dan sangat gembira melihat hasil jahitan sendiri dapat diguna pakai untuk perkara harian. Moga saya akan lebih bersemangat untuk menambah koleksi jahitan saya di masa akan datang.







No comments:

Post a Comment