Sunday, 29 December 2013

Santai di Laman Basikal Seremban

            Petang hujung minggu. Kami meluangkan masa ke Laman Basikal yang terletak di Jalan Keliling, Seremban. Kawasan ini dicadangkan oleh sahabat baik saya, Sha ketika kami berbual tentang anak-anak saya yang telah menambah ilmu kehidupan mereka dengan kebolehan menunggang basikal dua tayar.

            Setelah bertahun Lukhman dan Yussuf menunggang basikal dengan 4 tayar, tahun ini, saya dan suami memutuskan untuk mengajar mereka menunggang tanpa bantuan tayar tambahan. Saya sendiri mula menunggang basikal dua tayar seawal 6 tahun. Anak saya dah 7 tahun masih tak pandai tunggang basikal? Tak boleh, tak boleh...tak boleh jadi ni. Tu yang nekad nak ajar jugak tu. Tak di ajar, manalah nak pandai, kan? huhu... Hasilnya memang berbaloi. Tak sampai 2 hari, mereka dah boleh menunggang sendiri dengan dua tayar.


Mungkin pada pembaca, ini biasa sahaja. Tapi ini merupakan satu pencapaian istimewa untuk anak-anak saya. Mereka begitu gembira menunggang basikal dan menghabiskan beberapa jam  berpeluh diluar rumah, berbanding sebelumnya yang hanya duduk di dalam rumah menonton tv dan bermain i-pad. Sekurang-kurangnya ada aktiviti tambahan yang berfaedah untuk perkembangan kesihatan mereka.

          Eh! entry ini untuk cerita di laman basikal ok~ yang kau menceceh hal kat rumah ni napa pulak~ Hmm....Laman basikal ni memang sangat menarik! Kerana ia dibina mirip situasi sebenar di jalan raya. Kecuali semuanya adalah penunggang basikal huhu...
Terletak di Jalan Keliling, Taman Rekreasi ini terletak berhampiran dengan kediaman Menteri Besar Negeri Sembilan. Senang je nak sampai ke sana. Selain Laman Basikal, Taman Rekreasi ini ada kawasan untuk aktiviti berjoging dan juga taman permainan kanak-kanak.

                
Ada kedai sewa basikal. Jalan raya nya pun tenang, selamat untuk penunggang basikal, siap ada lampu isyarat, simpang empat bulatan (roundabout) , dan ada simbol-simbol yang sesuai macam kat jalan raya sebenar.



          Untuk menggunakan laman basikal ini, pengunjung dikenakan bayaran RM2 setengah jam bagi yang membawa basikal sendiri. Manakala yang tidak membawa basikal boleh menyewa basikal dengan RM2 untuk sejam. Hah~ mana yang paling berbaloi? Sewa kat sini lebih berbaloi sebab lebih murah. Tak payah susah-susah angkut basikal dari rumah. Cuma bezanya, kena redha je lah saiz basikal yang ada...mungkin tak kena dengan citarasa. Kami memang angkut basikal anak-anak  kat bonet kereta. Syukur bonet kereta besar dan muat. Tapi auntie yang jaga kedai basikal tu memang baik..Dia kata 'takpelah dik, you nak main lama2 pun bayar sekali saja takpelah' ehehhehe Inilah untungnya bila kita cakap baik-baik kan...Boleh dapat diskaun haha.

Contoh-contoh replika mini ialah balai polis, kedai, perhentian bas, hospital. 

Ada jejantas gitu~ Lalu bawah jejantas, boleh naik jejantas..Boleh ajar anak-anak nilai-nilai murni di jalan raya seperti menaiki jejantas untuk melintas, melintas toleh kiri kanan dulu tanpa risiko bimbang sebab kawasan ni memang takde kenderaan selain basikal :)

Jom berhenti isi minyak dulu~

           

Anak-anak memang seronok di sini. Boleh main-main berhenti di Balai Polis, berhenti isi minyak, berhenti di lampu isyarat(cuma kebetulan ketika kami di sini lampunya tak menyala pula), belajar tentang jalan sehala, laluan 'no-entry', menggunakan bulatan simpang empat. Saya yang dah tua ni pun teruja! InsyaAllah akan datang lagi kesini :)















         

5 comments:

  1. Bestnye...klu dkt ngan rumah blh g.kan......

    ReplyDelete
  2. Bestnye...klu dkt ngan rumah blh g.kan......

    ReplyDelete
  3. Tahniah kak Hawa..semoga terus menjadi ibu dan ayah yg terbaik..

    ReplyDelete
  4. boleh kak zai...kalau ke seremban boleh singgah je..tak bawak basikal pun takpe. boleh sewa kat sana :)

    ReplyDelete
  5. insyaAllah huda...still searching to be good parents..

    ReplyDelete