Skip to main content

sepagi di perpustakaan awam seremban

          Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya membawa anak-anak ke perpustakaan awam seremban. Bagi anak-anak, ini adalah pertama kalinya mereka ke perpustakaan dan mereka tidak memahami kenapa kena menjadi senyap secara tiba2, sedangkan ketika membaca buku dirumah, atau ke mana2 pameran buku atau kedai buku, mereka boleh membacanya kuat-kuat.

          Puas menerangkan bahawa di perpustakaan, kita mesti menghormati hak individu lain yang sedang membaca, berfikir dan menelaah ilmu, maka dengan itu, kita mestilah senyap supaya tidak mengganggu mereka. Tapi namanya pun kanak-kanak, faham sekejap, senyap sekejap. Kemudian jumpa sahaja buku yang disukai, dah bergelak dan bising semula (puas juga lah mohon maaf dan dijeling oleh pengunjung2 lain) buat muka tebal sajalah.
 Ini ruang bawah yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ada bermacam-macam audio yang sesuai, ada beg bean yang dijadikan tempat duduk. Santai anak-anak saya berehat sambil melihat gambar-gambar pada buku yang mereka belek.


Anak dara saya tu menumpang tengok buku budak lain, tapi lepas tu dah dirampasnya, macam dia pulak yang sedang baca buku itu huhu~

Sedang menjenguk mencari-cari buku yang menarik perhatiannya.


        Keseluruhan perpustakaan yang terletak di Jalan Dato' Sheikh Ahmad, Seremban ini ada tiga tingkat. Tingkat bawah, Tingkat Mezzanine dan Tingkat Satu. (Sebenarnya kami cuma berada di tingkat bawah ini saja kerana Ruang Kanak-Kanak ditempatkan disini.)

        InsyaAllah, saya tidak serik membawa anak-anak ini ke perpustakaan. Sebagai pendedahan awal kepada dunia membaca, dunia buku-buku kerana saya memang seorang peminat buku. Besar sikit, kita pegi tingkat lain ye..




Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...