Skip to main content

Mari cuba cara hilangkan mengantuk dalam kelas



Memang sukar nak menumpu perhatian bila belajar dalam keadaan mengantuk. Ada banyak faktor2 yang menyebabkan mengantuk. Faktor paling popular dikalangan pelajar adalah kerana 
  • tidur lewat pada malam sebelumnya, 
  • tidak cukup 'warming up' (ni kalau pagi2 dah mengantuk kat kelas)
  • terlebih bermain sampai kepenatan (ni kes mengantuk lepas aktiviti pjk)
  • baru lepas makan makanan berat (ni kes mengantuk di tengahari lepas rehat)
  • bosan dengan guru mengajar 
Mungkin ada juga faktor2 lain kerana individu ada macam2 ragam. Berikut merupakan beberapa cara yang boleh di praktikkan untuk hilangkan rasa mengantuk, dengan harapan dapat fokus semula ketika belajar di kelas.

  1. Minum air masak. Otak perlukan banyak air untuk berfungsi dengan baik. Kalau dah tau hari tersebut ada aktiviti pjk, bawalah air masak botol besar. Lepas bersukan, badan kehilangan banyak air melalui perpeluhan, maka anda perlukan air yang mencukupi untuk tampung 'air' yang hilang. Bawalah sendiri air tu, jangan asyik nak menumpang bekalan air kawan je. Bila mengantuk, itu menunjukkan otak sedang alami kemerosotan air, maka meminum seteguk air akan dapat menyegarkan anda. Waktu cuaca panas dan ketika tengahari juga menyebabkan air terhidrat dengan cepat dari tubuh kita. Minum air masak memang amat melegakan, dapat mengembalikan cecair yang diperlukan oleh badan dan otak.
  2. Bawa gula2, pastikan minta izin guru sebelum makan, dan makan dengan kadar tidak mengganggu guru dan rakan2, tidak buang sampah gula2 merata2. Jangan pula makan gula2 lolipop!
  3. Minta izin guru untuk ke tandas. Basuh muka tu. Genyeh2 air kat mata tu biar terang mata tu.
  4. Buat sikit regangan badan. Lompat bintang, atau menggeliat sambil berdiri adalah contoh regangan yang baik. Ini boleh dilakukan bila guru dah keluar daripada kelas, supaya segar sikit untuk sesi kelas seterusnya.Jangan buat waktu dia masih dikelas(kecuali dia suruh) Terkejut cikgu kau kalau  dia tengah cakap2 kat depan, tiba2 kau bangun dan menggeliat. Lain pula jadinya nanti.
  5. Jangan terpaku je di tempat duduk jadi pendengar je. Buatlah aktiviti tangan, seperti menulis nota ringkas, mencatat apa yang guru sedang atau telah sampaikan. Latih tubi matematik paling sesuai dilakukan ketika mengantuk sebab, sebab, sebab saya cikgu math haha! Bagus buat banyak latih tubi math ni hahaha!.
  6. Masa sekolah dulu, ustaz saya pernah ajar, genggam kedua2  tangan membentuk macam tanda good job tu, dekatkan tangan antara kiri dan kanan dengan ibu jari bersebelahan dan kuku ibu jari mengadap ke muka, dekatkan ke mulut, baca selawat 3 kali dan hembus pada bahagian kuku ibu jari tangan tu. Sapukan tiga kali (lurutkan) kuku ibu jari kanan di kening kanan, dan kuku ibu jari kiri di kening kiri. sapuan ni dari bahagian kening dalam (tengah muka)membawa ke kening luar (tepi muka) Niatkan untuk “dijauhkan dari gantungan syaitan pada mataku” kerana syaitan tidak suka orang yang hendak belajar. Pernah tak anda dengar dialog begini, “Isk mengantuknya mata aku ni, bagai digam2, macam ada benda je yang bergantung kat mata suruh tutup". 
  7. Suruh rakan disebelah cubit atau tampar belakang badan anda. Sergah hingga terkejut. Pasti hilang terus mengantuknya tu :)



Guru juga dulunya adalah pelajar, jadi saya amat memahami kepayahan mengantuk ketika belajar yang 'ditanggung' oleh pelajar. Semua teknik di atas tu telah diguna pakai oleh saya dan ramai pelajar lain selama ini. Cubaan dan hasil adalah berbeza mengikut situasi, tapi kebiasaannya memang berjaya mengurangkan (walau tidak menghilangkan) sepenuhnya mengantuk itu. Tapi kalau badan memang sangat lesu, memang dah tak larat sangat, tidurlah sekejap dalam kelas tu. 5 minit pun jadilah dapat lelap masa ketiadaan guru. Jangan kau bantai tidur tak bangun2 sudah!


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...