Ini adalah topik dalam addmath yg paling sukar bagi saya untuk diajar kepada anak2 murid. Entah kenapa.dari sejak zaman pelajar hingga dah jadi pengajar ni, topik nilah yang paling 'problem' sekali. Sangat ngeri bila nak sampai jek kat topik 6 form 5. Tapi tetap terpaksa ajar juga nak tak nak. Memang selalunya, mengaku kelemahan sendiri, dan minta maaf dgn kekurangan sendiri. Alhamdulillah, setakat ni anak2 murid nampaknya memahami 'kelemahan' cikgu mereka ni.
Tapi, untuk tidak berterusan memalukan diri sendiri setiap tahun(sebenarnya ni baru tahun ke 2 ajar form 5), maka saya bertekad, lepas ni tak boleh tunjuk lemah lagi bila sampai bab ni. Kena study macamana nak mudahkan, dan fahamkan pelajar tentang topik ni. Terlebih dulu, cikgunya kena tahu beza antara permutations dan combinations. Saya telah menemui satu laman web yg 'explain' dengan mudah tentang dua perkara ni. Thanks. Mudah-mudahan permutations dan combinations tidak lagi menjadi fobia bagi saya :)
Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...


Comments
Post a Comment