Skip to main content

seremban-pilah

Hari ini aku kesekolah, ada sedikit tugasan spm. bawak anak2 sekali. Mereka suka pegi sekolah aku. Luas, seronok berlari ke sana sini. Tapi bukan tu yg aku nak citer dlm entry ni. Aku nak cerita pemandangan hari ini. keluar dari rumah sebelum kul 7 pagi dan hantar baby ke taska. Perjalanan masih rembang2 subuh. Kabus agak tebal waktu melalui highway bukit putus, dan cuaca agak sejuk( Pegi sekolah, biasanya memang aku guna udara luar sebab menghala kampung, udara lebih segar)Tak banyak yg dilihat kecuali sawah padi yang menghijau dengan cahaya keemasan, cantik disinari matahari pagi ketika sampai di seri menanti. Ditahan sejenak,oleh segerombolan lembu2yang sedang melintas jalan mencari makan.
Balik dari sekolah, bergerak sekitar pukul 10 pagi(sekejap je kat sekolah). Perjalanan balik sangat menarik bagi aku. Selama ni memang biasa dah dengan pemandangan ni cuma tak begitu meneliti disebabkan selalunya balik sekolah dah petang, tak sempat nak teliti kiri kanan, berdesup terus ingat nak sampai rumah jek. Tapi kali ni, bawak perlahan(tak le mcm kura2) slow sket la dari biasa. Anak2 pun dpt tgk view sepanjang jalan. Cuaca sgt menarik, tak terlalu panas. Pokok2 durian dan rambutan yang lebat buahnya berjuntaian di kiri kanan jalan. Tak lupa juga buah mata kucing kampung yang kecoklatan dan memenuhi pokok terlihat di pinggiran jalan( Selama ni tak tau pon itu pokok mata kucing, dah berbuah baru tau) cantik je. Orang yang berjualan sepanjang tanjung ipoh- terachi pun ramai. Banyak hasil kampung, yang paling banyak durianlah, berlambak2 aku tengok. Rambutan tu, siap ada sepasang couple berhenti tepi jalan dan petik buah rambutan yang boleh dicapai dengan senang je.
Selain tu, kat sini memang kaya dengan makanan yang disalai, jadi kat tepi jalan laluan tadi memang ada berjualan ayam salai, sembilang salai, puyuh salai, selain dari madu hasil hutan dan buah kundang. Itu belum lagi jualan telur itik yg memang popular kat laluan ni.
Ada beberapa tempat dalam laluan aku yang dipanggil kawasan megalitik, iaitu kawasan bersejarah sejak zaman dahulu(aku pun kurang pasti sejarah apa) tapi di kawasan ini ada banyak batu2 yang kelihatan seperti kubur lama atau tanda kepada satu2 peristiwa zaman dahulu. Aku sibuk jadi pemandu pelancong kepada anak2 ku hari ini. Entah apa sebabnya, aku memang bangga kerana diberi peluang untuk menikmati suasana ini, walaupun seperti yang pernah aku tulis sebelum ini, 'aku mohon pindah'. Kalau aku dapat pindah, aku yakin, aku tak akan lagi menikmati pemandangan seperti ini lagi, suasana pagi sebegini.

Antara kerjaya dan keluarga......perlu ada priority antara keduanya. Priority ku ketika ini? keluargaku yang tercinta..

Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...