Sunday, 20 November 2011

Bagaimana untuk belajar matematik



1. Baca apa yang akan diajar oleh guru anda sebelum sesi kelas bermula. Baca dengan perlahan dan teliti. membaca matematik bukan seperti membaca novel atau sejarah. membaca dengan laju juga tidak diperlukan. Setiap perkataan dan simbol ada maksud yang tertentu. Jangan tinggal bahagian simbol-simbol. Ini biasanya adalah maklumat yang penting. Baca dengan pensil di tangan.

2. Bila sesi kelas bermula, setiap kali guru selesai menjawab masalah, cuba ulang dengan melakukannya sendiri. Lakukannya samada sebelum atau selepas jawapan di beri. Ini untuk memastikan anda tahu langkah kerja yang ditunjukkan, dan paling penting apa yang tidak ditunjukkan. Jika ada yang anda tidak tahu, cuba bina soalan mengenainya. Jika anda dapat menentukan soalan khusus tentangnya, pasti anda sendiri akan dapat menjawabnya. Jika tidak, bertanyalah kepada pengajar anda sehingga beliau berjaya menguraikan ketidakfahaman anda itu.

3. Fahamkan konsepnya. Jangan terlalu gembira hanya dengan mengetahui cara bagaimana soalan itu diselesaikan. Cuba jawab sendiri, kemudian bina contoh soalan sendiri dan jawab mengikut konsep yang dipelajari. Sentiasa ingat bahawa soalan dalam peperiksaan kebiasaannya sangat berbeza dengan contoh yang diberi di dalam buku.

4. Buat latihan. Sentiasa pastikan konsep telah difahami bila membuat latihan. Latihan akan memberikan keyakinan dan mengukuhkan daya ingatan terhadap apa yang telah dipelajari. Paksa diri sendiri untuk mengingat teknik menjawab, kaedah dalam menjawab soalan yang diberi, tanpa merujuk buku.

5. Siapkan tugasan anda samada diberi markah atau tidak. Matematik bukan sesuatu yang hanya dilihat.  Satu-satunya cara untuk berjaya dalam subjek ini adalah dengan banyak latihan. Merujuk kepada contoh soalan hanyalah cadangan ketika anda menyiapkan 'homework' tetapi sebaik-baiknya pastikan anda  memahami konsepnya. Ini  membolehkan anda mengaplikasikan fahaman anda dalam apa jua contoh soalan yang berkaitan.Fahami tujuan 'homework' diberi. 'Homework' adalah bertujuan untuk mengukuhkan pengetahuan konsep anda, dan membantu anda membina kemahiran-kemahiran menjawab.'Homework' bukan untuk menyuruh anda mencari jawapan yang tepat sahaja, kerana pengajar anda telah tahu jawapannya. Ia sememangnya untuk membolehkan anda menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk menyelesaikan soalan-soalan yang diberi.

6. Lihat kepada proses menjawab. Apakah proses yang dilalui untuk mendapat jawapan. Bukan menghafal gerak langkah sehingga tercapai jawapan. Anda akan hadapi masalah jika menghafal langkah, kerana setiap masalah adalah unik, dan hanya dapat diselesaikan dengan fahaman. Cuba jawab setiap soalan, kerana soalan berbeza telah disusun sesuai dengan kefahaman anda. Anda boleh menyemak jawapan pada muka surat akhir buku, tetapi pastikan anda cuba dan terus mencuba untuk mengenalpasti apakah kekurangannya jika jawapan anda tidak seperti yang diberi.

7. Tandakan latihan yang tidak anda ketahui dan dapatkan bantuan untuk menyelesaikannya, sebelum sesi kelas seterusnya. Ini akan mengurangkanketidakfahaman dari menjadi terlalu banyak. Jika anda tidak faham hari ini dan tidak mencari jalan menyelesaikannya, jika masuk kelas seterusnya dan tak faham, akan membuatkan anda bosan dan terus menyatakan matematik susah. Jangan bertangguh dalam bertanya. Jika anda meminta bantuan, pastikan anda menyimpan segala catatan dan nota secara kemas, supaya anda boleh merujuknya ketika menjelang ujian.

8. Jangan malu bertanya. Semakin lama anda simpan pertanyaan anda, semakin berliku perjalanan matematik anda. Biasanya ketika anda 'stuck' hanya satu konsep yang anda tidak faham, tapi akibat bertangguh, semakin banyak belajar, semakin banyak tidak faham kerana anda mengumpul semua ketidakfahaman itu. Jangan risau, pakar matematik pun asalnya seorang pelajar juga!



No comments:

Post a Comment