Friday, 26 October 2012

pokok markisa dah berbuah :)

excited! inilah perkataan yang bersimpang siur sejak saya menemui putik buah markisa pada pokok yang ditanam melebihi setahun yang lalu. Pohon markisa ini, diberikan oleh Cik Mes, dan ditanam oleh suami di tepi pagar rumah kami sejak setahun lalu. Cik Mes kata, dalam tempoh 8 bulan biasanya ia akan mengeluarkan buah. Namun, pokok markisa saya hanya lebat daun, melampau2 banyak daunnya subur menghijau, tapi tidak langsung berbunga, apatah lagi berbuah walaupun hampir setahun berlalu. Saya pun mula lah meng'google' info2 berkaitan markisa di internet, dan membuat pelbagai2 andaian berdasarkan info yang ditemui. Contoh andaian saya,

      1. pokok markisa saya hanya sepohon, dan mungkin tiada pembiakan pendebungaan berlaku menyebabkan ia tidak mahu mengeluarkan bunga (hahaha maklumlah takde ilmu pertanian main belasah je buat andaian).

       2. pokok markisa saya tidak mahu berbuah kerana saya tidak buat apa-apa para pun yang membantu ia menjalar. Hanya mengharap kepada pagar dawai pemisah rumah saya dengan rumah jiran sahaja. (andaian ini kerana saya melihat gambar-gambar kejayaan orang yang menanam markisa, mereka menjalarkan pokok ini pada pergola rumah atau membina para untuk pokok ini)
  gambar hiasan ni para orang lain, pinjam gambar  saja. Saya tak buat para ini.

       3. Tiada harapan untuk berbuah sebab tanam pokok ini hari ahad. Petua makcik sebelah rumah saya kata, orang menanam bagus hari rabu. Pokok akan berbuah lebat. dan jangan tanam masa hari kita lahir, tangan panas, sebab saya dilahirkan pada hari ahad. (eh! tapi pokok ni suami yang tanam dan dia bukan lahir hari ahad! errr...kompius dengan teori sendiri...)


Apapun teori, hehehehe gembira gembira sebab pokok markisa saya telah pun mengeluarkan bunganya, dan kemudian buahnya yang pertama, kedua, ketiga, dan dah lebih 20 biji buahnya dah terhasil yea yea yea hehehe...walaupun belum sempat rasa hasilnya sebab belum masak lagi, tapi dah excited sebab dah nampak hasilnya. Dan saya percaya ada beberapa faktor penyumbang kepada hasil buah-buah ini walaupun saya tidak melakukan sebarang kajian terperinci tentang kesahihannya, tapi antara faktor penyumbang yang dapat saya fikirkan ialah :

     1. Saya melakukan pemangkasan daun. Kata kawan saya, pokok markisa saya ni mabuk daun, terlalu banyak daun menyebabkan segala nutrien yang diberi menjadi daun, takmau menjadi bunga mahupun buah. Saya pangkas hampir semua daun2nya tinggal beberapa jalaran sahaja, hampir togel! tapi tak sampai 2 minggu dah menjalar meriah semula.

     2. Saya pergi berbual dengan apek kat kedai nursery dan dia beri saya baja lebat buah. Apek tu kata, tanah saya cuma ada nutrien untuk daun, dan saya perlu letak baja  nutrien untuk buah. Mungkin sebab tanah rumah saya sesuai untuk PH daun dan tak sesuai untuk buah. Maka kena tambah nutrien yang sesuai untuk pH tanah tu bagi mengeluarkan buah pulak.

     3. Teori ketiga saya berkaitan dengan lokasi yang saya tak dapat nak pastikan kenapa. Tapi memandangkan pokok markisa saya ni dah menjalar jauh memenuhi pagar tepi, ada beberapa jalarannya telah sampai ke pagar belakang. Dan yang amazingnya, dekat kawasan pagar belakang ni saja yang mengeluarkan buah! yang dikira sampai dekat 20 biji ini semuanya berada di lokasi pagar belakang. Taktaulah kenapa. Apa yang saya fikir ialah laluan cahaya matahari je lah. Buah-buah markisa bergayut-gayut di pagar bahagian B macam dalam lakaran kat bawah tu, sejak ada jalarannya sampai ke situ, sedangkan dah setahun dah saya memenuhkan pagar bahagian A tapi langsung taknak berbuah. Pelik juga tapi tak kisahlah asalkan sekarang dah berbuah tak kisahlah belah mana hehehehe...





Alhamdulillah berbuah juga kau markisa!




2 comments:

  1. salam cikgu hawa!! meh la join kite di GB: ALL ABOUT FRUIT TREES..best taw bincang2 pasai pokok 2 buah,

    ReplyDelete
  2. maaf..FACEBOOK! (fB) ahahah-Haqimi.

    ReplyDelete