Wednesday, 31 October 2012

band 6 matematik yang memeningkan

Sudah berhari-hari malah berminggu-minggu saya pening memikirkan apakah soalan yg nak dibuat sebagai eviden band 6 matematik, B6D1E1.

Untuk makluman , band 6 adalah band tertinggi yg boleh dicapai oleh pelajar dan kriterianya:


B6D1E1
Menyelesaikan masalah matematik dalam suatu situasi dengan kaedah penemuan baru.

Dibawah ini pula maksud band-band yg diwakili dgn 1, 2 , 3 , 4 , 5 dan 6 (Inilah ukuran standard pelajar yg diguna pakai untuk pelajar-pelajar sekolah menengah ini)


KERANGKA STANDARD PRESTASI


BAND
STANDARD
1
Tahu
2
Tahu dan Faham
3
Tahu, Faham dan Boleh Buat
4
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab
5
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Terpuji
6
Tahu, Faham dan Boleh Buat dengan Beradab Mithali



Kalau kita lihat capaian band 6, pelajar mesti tahu, mesti faham, boleh buat dan adab mithali pula maksudnya boleh bantu rakan sebaya (ala-ala mentor atau fasilitator) . Buat dengan beradab ni maksudnya jalan kerja yang kemas dan sistematik.

Lihat pada kod B6D1E1 tu, pelajar menyelesaikan masalah matematik dengan penemuan baru. penemuan baru? Apo bondo yg baru tuh maksudnya?


>cikgu, ada contoh soalan band 6 tak?

>> takde.


> eh kenapa takde cikgu? takkanlah takde. Abis macamana cikgu nak uji pelajar cikgu nanti?

>>memang takde. macamana nak uji? Entah saya pun tak tau.(muka blur..tak nampak ke tajuk entry saya tu, band 6 yang memeningkan? kalau dah ada soalan takdelah saya nak pening lagi...hadoiiyaiii)




No comments:

Post a Comment