Friday, 17 February 2012

Pengurus Pasukan Bola Jaring

Dua hari berturut-turut saya tidak hadir ke sekolah kerana menjadi pengurus pasukan bola jaring daerah Kuala pilah di kejohanan bola jaring MSSNS 2012 yang berlangsung 16 dan 17 februari. Sebenarnya, saya tidak pernah terlibat secara langsung dalam apa2 jua perlawanan sukan sebab memang seorang yang kaki bangku sejak kecil lagi.Tidak punya bakat dan minat untuk bermain secara aktif dalam apa2 acara sukan pun. Sejak menjadi guru (dulu 3 tahun mengajar di sekolah sukan bandar penawar) , walaupun pernah mengiringi pelajar ke Thailand untuk pertandingan di sana selama 2 minggu, tapi saya tetap tidak mengerti dan memahami apakah keseronokannya bersukan. Apa yang sering saya leterkan kepada pelajar "kenapa kamu ni aktif sangat kan dah ketinggalan dalam pelajaran".. "hmm saya takkan ulang lagi topik tersebut saya sudah ajar haritu, pandai2lah kamu nak bertanya dan belajar dengan kawan2 apa yang tertinggal".

Tapi 2 hari yang saya lalui bersama pelajar di kejohanan ini, mengajar saya betapa pentingnya seorang guru itu mengerti dan memahami, seterusnya memberi peluang pelajar meneroka bakat-bakat yang ada di dalam dirinya. Bakat itu bukan sahaja dalam bidang pelajaran, malahan bidang-bidang lain juga, dalam kes saya hari ini, sukan. Saya tersentuh hati dengan seorang pelajar dalam pasukan kami. Pelajar ini pelajar yang sangat manis muka dan pekerti, dari sekolah sains berasrama penuh SBP (yang sudah tentu cemerlang akademiknya), ikut berlatih bersama kami sepanjang 5 hari latihan pusat sebelum pertandingan. Menunjukkan aksi yang cemerlang semasa latihan sehingga layak menjadi antara 7 pemain utama bola jaring mewakili kuala pilah. Namun, pada hari pertama pertandingan, seawal pagi kami selaku pengurus-pengurus pasukan (ada 4 team  semuanya maka ada 4 pengurus) dikejutkan dengan ketidakhadiran pelajar ini kerana beliau telah diarahkan oleh guru lain sekolahnya untuk mewakili sekolahnya ke pertandingan pidato (pertandingan pidato peringkat daerah dan bola jaring peringkat negeri ini berlangsung pada waktu yang sama). "Dia telah berlatih bersama kita susah payah, takkan dia tak dapat main..selfish  betul gurunya, macam takde pelajar lain yang boleh jadi wakil dia", saya bertanya dalam hati.

Centre Court Paroi

Kami semua redha dengan ketiadaan dia dan meneruskan juga pendaftaran dengan meletakkan seorang simpanan menggantikannya, seterusnya menunggu perlawanan. Beberapa minit sebelum pertandingan pertama kami, saya ternampak pelajar itu.

 "Eh! bukankah dia pergi pidato?", saya bertanya. Rakan pengurus satu lagi menjawab "Dia sudah habis berpidato. Dia minta giliran peserta awal dan telah buat sebaiknya pada pertandingan pidatonya. Sekarang cikgunya menghantar dia kesini tanpa menunggu keputusan disana, supaya dia boleh bermain bersama kita pula".  Oh....saya terdiam. Dalam hati merasa sungguh kagum terhadap pelajar tersebut dan mula muhasabah diri saya. Jika saya ditempatnya, pasti saya tidak akan secekal dia. Mungkin saya akan memberontak hingga terlepas kedua2nya. Tapi tidak bagi dia. Dia mengambil keputusan untuk mencuba sebaiknya untuk kedua2 pertandingan yang dihadapi tanpa melepaskan salah satu.

Oh saya memang terharu. Saya perlu lebih toleransi dengan pelajar-pelajar saya selepas ini, dan beri peluang pada mereka untuk mengembangkan bakat mereka, bukan mengkritik mereka. Pasukan yang saya urus juga berjaya menjadi juara kejohanan mengalahkan saingan sengit seremban dengan mata tipis 35-32. Yang penting, menang!

Pasukan Kuala Pilah 2 bawah 18 tahun


Entah apa yang disuka sangat pengurus tu dengan anak2 buah dia tu!


Victory! Dua juara bawah 18 tahun dan bawah 15 tahun.


Sebenarnya, sangat bersemangat bila menjerit sekuat hati menyokong mereka bermain. Gegak gempita gelanggang dengan sorakan dan jeritan dan ketukan botol oleh penonton. Melompat kegembiraan bila mereka menang! Ini kemenangan berpasukan. Semangat berpasukan. Kerjasama erat antara satu sama lain demi kemenangan. Disitulah saya temui manisnya bersukan ini. :)  



>eh cikgu, kalau cikgu menguruskan budak badminton mesti cikgu tak rasa semangat berpasukan ni kan? mesti pendapat cikgu lain.
>>ah kau ni, sibuk je! kalau bawak team individu, itu cerita lainlah!






2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Best nya dapat main netball :( saya punya sekolah tak nak hantar team

    ReplyDelete