Monday, 27 January 2014

Pentaksiran Pusat : Isu Hangat 2014

        Baru-baru ini, saya telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang wakil sekolah bagi menghadiri taklimat penataran Pentaksiran Pusat bagi peringkat Negeri Sembilan. Apa itu pentaksiran pusat?

        Pentaksiran Pusat merupakan salah satu cabang penilaian yang perlu di lengkapkan oleh para pelajar Tingkatan 3 didalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Jika sebelum ini, sehingga tahun 2013, pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia hanya mempunyai satu sahaja penilaian rasmi iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) , maka melalui sistem Pentaksiran ini, pelajar-pelajar tingkatan 3 akan melalui 4 jenis penilaian iaitu Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan juga Pentaksiran Psikometrik.




Pentaksiran peringkat sekolah telah mula berjalan sejak mereka di tingkatan 1. Begitu juga PAJSK dan Psikometrik. Hanya pentaksiran pusat yang belum dijalankan. Inilah yang akan dijalankan pada tahun 2014 ini, bermula pada bulan April nanti.


Sebenarnya, sistem penilaian jenis pentaksiran ini memberi penambah baik kepada sistem PMR yang diguna pakai bertahun-tahun di negara kita.

Jika sebelum ini, PMR hanya menumpu kepada akademik semata-mata, maka pentaksiran PBS ini memberi  ruang penumpuan kepada akademik dan juga bukan akademik. Ini bagi memberi peluang pelajar yang tidak menyerlah dari segi IQ untuk turut berdaya saing, mendapat penilaian yang adil, dan menyumbang sesuatu dalam memperkembangkan sosio ekonomi negara. 



Pentaksiran Pusat ini akan dijalankan mengikut 3 jenis instrumen:

Ujian secara bertulis, secara lisan, dan melalui pelbagai instrumen. Semua subjek bahasa, sains dan matematik akan melalui proses ujian bertulis mengikut masa dan jadual yang akan ditetapkan. Selain bertulis, bahasa melayu dan bahasa Inggeris akan mempunyai ujian lisan juga.


Terdapat 9 subjek yang akan terlibat dengan pelbagai instrumen ini, iaitu Geografi, Sejarah, Pendidikan Seni Visual, Kemahiran Hidup, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani & Kesihatan, dan juga Pendidikan Sivik.


Untuk pentaksiran kategori pelbagai instrumen, setiap subjek akan diberikan peruntukan waktu sekitar 6 hingga ke 8 waktu PdP bagi menyiapkan tugasan masing-masing dalam tempoh masa yang diperlukan. Maka jika ada pelajar yang tidak dapat menghadirkan diri sepanjang tempoh Pentaksiran Pusat (PP) tersebut, pelajar dikira tiada pelaporan untuk subjek yang dia tidak hadir. Begitu juga jika pelajar tidak hadir pada sesi ujian bertulis dan ujian lisan. Tiada pelaporan baginya jika tidak hadir. Hal ini berbeza dengan pentaksiran sekolah(PBS) yang dijalankan sebelum ini, kerana pelajar masih boleh mencuba dan mencuba sehingga ke tahap band yang tertinggi yang dia mampu capai.

Pelaporan untuk Pentaksiran Pusat ini juga tiada perkaitan dengan Pelaporan untuk Pentaksiran Sekolah. Jika Pentaksiran Sekolah memberikan pelaporan dalam bentuk band, pentaksiran pusat memberikan pelaporan dalam bentuk gred.

Contoh Pelaporan untuk Pentaksiran pusat. Ada gred A, B , C yang belum dapat dipastikan bagaimana yang dikatakan cemerlang, atau kepujian, atau baik, itu.

Ini contoh pelaporan untuk pentaksiran sekolah yang cikgu-cikgu dah buat selama ni.


Ini contoh pelaporan PAJSK


Ini contoh pelaporan Psikometrik



        Pentaksiran ini diharapkan membolehkan pelajar membentuk hala tuju mereka yang lebih jelas berdasarkan penilaian yang lebih menyeluruh merangkumi sikap, kemahiran, personaliti dan kecenderungan akademik para pelajar. Jika sebelum ini PMR hanya memfokuskan kepada bidang-bidang mengikut kelas sosial tertentu, sistem PBS ini pula menyentuh kepada semua aspek dalam diri individu termasuklah muzik, seni, sahsiah seperti sivik, dan sukan. Sesuatu yang jarang diberi penekanan serius di negara kita. Dengan bantuan pelaporan PAJSK, mungkin memudahkan Maktab Tentera membuat pemilihan kemasukan ke sekolah mereka. Dengan bantuan Psikometrik, mungkin memudahkan sekolah teknik dan vokasional menawarkan  kursus kursus yang bersesuaian dengan personaliti sebenar mereka. Dengan dua penilaian melalui band dan gred, mungkin lebih memudahkan sekolah-sekolah berasrama penuh atau mrsm memilih pelajar untuk memasuki sekolah mereka. Siapa tahu? Sistem ini memberikan lebih dari apa yang ditawarkan oleh slip keputusan PMR sebelum ini. Untuk memperolehi maklumat yang lebih, disitulah tugas guru-guru selaku penggerak di belakang tabir setiap kejayaan anak-anak ini. Moga semua rakan guru akan sudi untuk sama-sama bersedia berganding bahu dalam memberikan yang terbaik untuk anak didik ini, kerana anak ini, adalah juga anak2 pelapis kita, di masa hadapan. Anak2, yang akan membantu kecemerlangan negara, di masa hadapan..


Moga segala perancangan, dan niat yang murni, akan dimudahkan urusannya. Amin..



bahan diperolehi daripada laman web ppdjempoljelebu.net






          
















2 comments:

  1. wah....terbaiklah Hawa...terima kasih byj2 dpt ilmu drp Hawa

    ReplyDelete
  2. Tq kak Hawa atas perkongsian ilmu...guru haruslah positifkn?ape2 pun bergantung niat kte...insyaallah Allah akan permudahkan

    ReplyDelete