Skip to main content

Posts

Lobak merah, telur dan biji kopi

Tiada manusia di dunia ini yang langsung tidak ditimpa masalah dalam kehidupannya. Tapi, terpulang kepada kita untuk menilai, dan memilih jalan mana yang wajar kita ikut. Jamil datang ke rumah ustaz Ibrahim menceritakan bagaimana hidupnya diuji dengan penuh kesusahan. Jamil berkata beliau tidak mampu menghadapinya lagi dan ingin berputus asa. Jamil memberitahu ustaz Ibrahim beliau teramat letih untuk meneruskan perjuangan dan berlawan… setelah satu masalah selesai, satu masalah baru pula timbul. Ustaz Ibrahim hanya mendengar dan tidak berkata apa-apa. Beliau menyuruh Jamil mengikutnya ke dapur. Jamil pun mengikut tanpa bertanya. Ustaz Ibrahim mengisi air di dalam tiga periuk kecil dan mendidih ketiga-tiganya serentak. Semasa air mendidih, Ustaz Ibrahim memasukkan lobak merah ke periuk pertama, telur ke periuk kedua dan biji kopi ke periuk ketiga. Jamil bertanya, “Apa yang ustaz buat? Nak masak apa tu?” Ustaz Ibrahim tidak berkata apa-apa dan membiarkan air mendidih selama 20 ...

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013

        Pesta Buku kembali lagi! tahun lepas tak pergi, sebab umur anak kecil saya masa tu baru setahun. Sabar..sabar... tahun ni, umurnya dah 2 tahun, rasa dah sesuai nak meng'heret'nya ke dalam dunia buku tanpa sempadan saya hehehe..         Maka, dengan menggunakan LRT dari rumah Kak Lina di Bandar Tasik Selatan, saya menggagahkan diri ke PWTC bersama 3 orang anak dan Kak Tini (thanks a lot!) Alasan kenapa begitu bersungguh2 tahun ni? tak tahulah..tapi memang sangat bersemangat untuk pergi walaupun seminggu ni suami out station.         Tiba di PWTC lebih kurang 11 pagi. Menjelajah dari satu booth ke satu booth. Dari satu hall ke satu hall. Terlalu banyak bahan bacaan yang terjual, terlalu ramai orang yang datang memenuhi, maklumlah hari ini hari ahad. Ramai yang cuti, pasti ramai yang mengambil kesempatan, termasuk kami :) Memang, dalam kesesakan tu, rasa bangga juga kerana rakyat Malaysia prihatin dengan buku2, mempuny...

sepagi di perpustakaan awam seremban

          Pada cuti sekolah baru-baru ini, saya membawa anak-anak ke perpustakaan awam seremban. Bagi anak-anak, ini adalah pertama kalinya mereka ke perpustakaan dan mereka tidak memahami kenapa kena menjadi senyap secara tiba2, sedangkan ketika membaca buku dirumah, atau ke mana2 pameran buku atau kedai buku, mereka boleh membacanya kuat-kuat.           Puas menerangkan bahawa di perpustakaan, kita mesti menghormati hak individu lain yang sedang membaca, berfikir dan menelaah ilmu, maka dengan itu, kita mestilah senyap supaya tidak mengganggu mereka. Tapi namanya pun kanak-kanak, faham sekejap, senyap sekejap. Kemudian jumpa sahaja buku yang disukai, dah bergelak dan bising semula (puas juga lah mohon maaf dan dijeling oleh pengunjung2 lain) buat muka tebal sajalah.  Ini ruang bawah yang dikhaskan untuk kanak-kanak. Ada bermacam-macam audio yang sesuai, ada beg bean yang dijadikan tempat duduk. Santai anak-anak saya berehat ...

Melawat Hari Terbuka ATM kem senawang

     Kem Senawang terletak sangat dekat dengan kawasan perumahan kami. Anak saya mempunyai beberapa kenalan yang merupakan anak2 tentera disini. Berkali-kali juga anak saya mengajak saya masuk ke dalam kawasan kem ini untuk melihat apa yang ada di dalam kem ini, tapi alasan saya, mana boleh masuk sesuka hati, nanti pakcik tentera tu tangkap kita menceroboh! haha~ Maka, kesempatan untuk masuk ke kawasan kem ketika kem ini mengadakan hari terbuka, tidak kami lepaskan.      Bermacam-macam aktiviti yang dijalankan di dalam kem ini sempena perayaan 80 tahun tentera bersama rakyat. Antaranya adalah permainan paint ball, flying fox, pameran peralatan-peralatan tentera, kenderaan tentera, persembahan nyanyian dan karaoke, jualan dan permainan pertandingan. Anak-anak saya tidak melepaskan peluang bermain flying fox. Mereka sungguh teruja untuk terbang diudara seperti si musang terbang~ haha.. Terima kasih yang tak terhingga buat saudara-saudara tentera dan bo...

Menghadiri kursus manikayu pengenalan

         Pada hari ini, 6 april 2013, saya telah berpeluang mengikuti kursus manikayu I : Pengenalan yang dianjurkan oleh Persekutuan Pengakap Malaysia peringkat Negeri Sembilan. Kursus manikayu I ini adalah kursus pertama yang perlu di hadiri oleh setiap pemimpin pengakap sekiranya mereka ingin ditauliahkan sebagai pemimpin kumpulan pengakap. Bertempat di SMK Tunku Besar Tampin, peserta-peserta wajib menghadiri sesi ini selama 8 jam.          Kursus telah dilaksanakan oleh senior-senior pengakap dari sekolah2 negeri sembilan, antaranya Tuan Mohd Nor Azlan (DC Port Dickson) , Tuan Aziruddin (ASC S/U Latihan), Tuan Chan Kau Chai (ASC Antarabangsa) , Tuan Saiful Izham (ASC Unit pengakap Remaja), Tuan Shamsuddin (DC Seremban Barat) , Tuan Baderi Sham (DC Tampin) , Tuan Amir Fuad (ASC Pentadbiran) , Tuan Ikhwan dan beberapa orang lagi. Perasmian penutup telah disempurnakan oleh Tuan Hamdan iaitu Ketua Pesuruhjaya Negeri Sembilan.   ...

Mendaki Gunung Angsi Negeri Sembilan

              Sejak mengajar di Kuala Pilah dan tinggal di Seremban, saya berulang alik ke sekolah dan rumah setiap hari, melalui hadapan gunung ini, Gunung Angsi. Setiap kali memandang ke kawasan  hutan lipur Ulu Bendul, terdetik di hati saya, bila agaknya berpeluang mendaki gunung ini. Saya bukanlah seorang yang aktif mendaki, cuma saya minat kepada alam semulajadi. Suami memang pendaki gunung yang sangat aktif. Jika ada kelapangan, pasti beliau akan ambil kesempatan untuk mendaki.              Baru-baru ini, atas sesuatu sebab, rancangan suami untuk mendaki gunung kenderong telah dibatalkan. Maka untuk mengubat kesedihan dihatinya, saya pun berjanji bagai lah untuk menemankan beliau mendaki, tak dapat yang heavy , yang santai-santai pun jadilah. Maka saya pun memilih untuk mendaki gunung angsi atas alasan yang ringkas 'asyik lalu je depan ulu bendul tapi tak pernah pun naik gunungnya'.(Ini nampak lebih mac...

Permulaan 2013 : HOTS (higher Order Thinking Skills)

Alhamdulillah menjengah kita semua ke tahun baru 2013. Mudah-mudahan segalanya dipermudahkan Allah. Tahun ni saya dipertanggungjawabkan dengan 2 kelas matematik tambahan SPM ting 5, 2 kelas matematik PBS (satu kelas ting 1 dan satu kelas ting 2), dan 1 kelas matematik PMR ting 3. Masih lagi guru penasihat pengakap, dan guru penasihat kelab Bola Jaring. Aktiviti pertama yang saya lakukan adalah memberi taklimat HOTS kepada rakan-rakan guru Matematik dan Sains semasa mesyuarat bidang kali pertama. Apa benda HOTS ni? HOTs adalah singkatan kepada Higher Order Thinking Skills. Guru perlu memperbanyakkan soalan berbentuk HOTs dikalangan pelajar ketika sesi P&P. Soalan yang dikategorikan Hots adalah jenis-jenis soalan yang memerlukan pelajar mengeluarkan idea kreatif dan inovatif mereka dalam menjawab soalan. Dalam bahasa ringkas, pelajar mesti BERFIKIR, untuk menjawab soalan-soalan HOTs. Untuk menjelaskan lagi bagaimana yang dikatakan HOTs ini, kita boleh membezakannya melalui...