Skip to main content

cerita 'ombak rindu'

Zaman remaja saya, tidak pernah diisi dengan novel cinta, hanya buku pelajaran, buku penyiasatan, buku cerita kekeluargaan, atau buku komik je yang saya sudi beli. Komik? haha tak sangka kah? Saya peminat fanatik komik dragon ball dan slamdunk. Pembaca setia siri nancy drews, hardy boys, 5 sekawan enid blyton, penyiasat remaja, doraemon( ini antara yang dapat saya ingati).  Selebihnya meminjam baca komik kawan2 seangkatan yang masing2 memang tak layan cerita2 jiwang neh. Pembeli tegar buku atau majalah komik dalam family ialah abang latif dan abang mie. Best betul jadi tukang baca tanpa keluar duit sesen pun hehe...eh tajuk entry ombak rindu ni apahal cerita komik pulak neh?


Novel OMBAK RINDU merupakan novel cinta pertama yang saya miliki ketika zaman remaja. Kalau tak silap masa tahun 1 di UTM. Tertarik dengan sedikit fragmennya yang saya baca dalam majalah wanita milik seorang kawan, menyebabkan saya sanggup membelanjakan sedikit wang belajar untuk membeli novel tersebut. Punyalah berfikir nak beli tidak, nak beli tidak (maklumlah tak pernah beli novel cinta), asyik pusing keluar masuk kedai buku tu, akhirnya saya buat keputusan beli juga.

Ternyata, tersedu sedan saya membacanya tika itu, menghayati liku2 hidup seorang gadis naif dari kampung, bagaimana nasibnya yang mempercayai seorang pakcik, dan bagaimana takdir Allah menghantar seorang lelaki yang walaupun asalnya merupakan perosaknya, tetapi dia jugalah penyelamatnya..

Dan, ketika novel ini diadaptasi ke dalam bentuk filem, teringin sungguh saya nak menontonnya, tetapi masih lagi dengan sikap yang sama, nak pergi tengok ke taknak, nak pergi ke tak, kali ini tak pergi, menunggu yang di download di youtube sahaja :) dah dapat tonton, dan pada pendapat peribadi, jika sesiapa tidak pernah membaca novelnya, pasti susah nak ikuti jalan ceritanya. Saya langsung tidak menangis kali ini, mungkin kerana sudah puas menangisi nasib izah ketika membaca novelnya. Satu yang saya suka, hanya lagunya. Lagu OST ombak rindu nyanyian Hafiz dan Adira. Dan, saya terjumpa ini, instrumental Ombak rindu, tapi cukup menusuk dan mendamaikan..macam lagu2 kitaro pulak saya rasa. Si pemain ini sangat berbakat. Thumbs up untuk beliau.



Dipersembahkan oleh Ilham Subri (Rekorder dan Flut) diiringi oleh Adam Sabri (Gitar) 


Eh cikgu.. Cikgu pun minat layan cerita cerita macam ni? Tak sangka ye..
>>eh awak ingat saya ni tau cerita pasal math je ke? sesekali cerita lah benda lain juga. Cikgu pun manusia juga tau!














Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...