Skip to main content

Posts

Kami traveller :)

Berlalu sudah hujung minggu yang padat. Guru-guru bekerja 7 hari kerana ada program perkampungan ilmu sabtu dan ahad. Saya di amanahkan dua slot, sabtu untuk slot matematik tingkatan 3 dan ahad mengendalikan slot matematik tambahan tingkatan 5. Takpe, saya dah biasa dengan program seperti ini. Mengendalikannya, langsung tiada masalah bagi saya. Persediaan bahan telah dibuat sejak 2 minggu sebelum program ini. Yang saya tidak biasa, tiba-tiba..(wah macam cemas lah kononnya!) tiba-tiba suami saya juga mendapat surat panggilan berkursus pada tarikh minggu yang sama! Oh oh~ macamana anak-anak? Buah hati yang tiga orang tu, macamana nak urus ni? Selalunya bila ada program, suami akan mengambil alih menjaga mereka. Jadi kali ini, kerana suami juga berkursus, saya mengambil keputusan membawa mereka ke sekolah, dan yang lebih menariknya, bawa mereka menumpang bermalam di rumah warden asrama hehe... Macam-macam pertanyaan anak-anak saya.  "Ibu, kita nak tidur dekat dorm macam kakak d...

Saya nak jadi televisyen

Pagi-pagi ini sementara menunggu mesin menjalankan tugas-tugas saya membasuh pakaian, saya melayari facebook. Niat sebentar cuma, sebab nak menyiapkan sarapan pagi pula. Menemukan artikel ini yang dikongsi seorang teman, melalui facebook Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man : Alkisah mahu jadi televisyen... Seorang guru wanita sedang menyemak satu persatu karangan anak muridnya. Sewaktu melihat satu karangan yang ditulis oleh seorang pelajarnya, dia menjadi sangat emosi dan setelah melihat nama di muka hadapan buku itu, dia menangis teresak-esak. Lalu ditanya oleh suaminya 'Kenapa menangis ni?' 'Lihatlah karangan budak ni..' Suaminya pun membaca dengan penuh khusyu k. Jadikan Saya Sebuah Televisyen "Oh Tuhan, malam ini saya ingin meminta kepada-Mu sesuatu yang sangat istimewa. Jadikan saya sebuah televisyen. Saya ingin mengambil kedudukan televisyen. Menikmati kehidupan sebagaimana peti telivisyen di rumah saya. Saya akan memiliki 'tempat' tersendiri dalam hat...

Kesibukan September

Sungguh lama rasanya tidak update blog ini. Terlalu lah banyak perkara yang sedang berlangsung di sekolah sejak tamat cuti sempena hari raya aidilfitri yang lalu. Rasanya, tiap-tiap hari membawa balik ke rumah kertas untuk ditanda. Skrip jawapan peperiksaan TIMss, skrip jawapan peperiksaan PISA, skrip jawapan trial PMR, bersambung dengan skrip jawapan trial SPM, di selang seli dengan penandaan eviden-eviden PBS. Wah..ada harinya, berat di dalam kereta saja kertas-kertas itu..tapi tandanya tak sempat. Ye lah, dirumah pastinya ada kerja-kerja lain yang menunggu. Lelah. Tapi itulah lingkaran dunia saya. Entry kali ini hanya menyatakan pada semua pembaca, saya masih bernafas. Hahaha..(memang entry tah hapa-hapa!)

Teladan dari Rasulullah S.A.W

Kisah Rasulullah s.w.t sebagai pengajaran       1) Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa       perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan       keluarga mahupun untuk dijual.             2) Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap       di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya       untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina       'Aisyah menceritakan 'Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu       urusan rumahtangga.                   3) Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat  berangkat ke masjid, dan       cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.'                   4) Pernah ...

Syiling dan batu

Wang syiling jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya. Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya. Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya. Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya. Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya. “Rezeki aku!” kata lelaki itu dalam hati. Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu. Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah. ...

Gotong Royong Muhibbah

Saya selaku wakil pemimpin pengakap sekolah, telah menerima jemputan untuk membawa 4 orang pelajar saya ke satu aktiviti kemasyarakatan yang berlangsung di Kg. Air Runtuh, Johol. Aktiviti ini dianjurkan oleh SMK Datuk Undang Abd Manap (Duam) sempena penyertaan mereka dalam pertandingan inovasi Toyota Eco Youth. Banner ini dipasang di jalan masuk ke kampung tersebut.  Saya memilih seorang pengakap muda dan 3 orang pengakap remaja untuk mengikuti program ini. Walaupun hanya sebagai jemputan untuk khidmat masyarakat ini, tapi saya mengambil kesempatan untuk menilai pelajar saya bagi mendapat lencana pemelihara(Pengakap Muda) dan lencana perkhidmatan(Pengakap Remaja).                                                                                       peme...

10 Perangkap yang dilalui semasa ulangkaji Matematik Tambahan

Sebagai pelajar, ada beberapa perkara yang sering bermain di dalam minda tentang sesuatu subjek, terutamanya subjek matematik tambahan. Pastikan anda mengambil tindakan untuk setiap permainan minda tersebut. 1. "Saya tidak tahu di mana nak mula"      Ini masalah biasa. Jangan cepat rasa gelabah. Biasalah kalau anda bingung dengan jumlah topik yang banyak. Matematik Tambahan mempunyai 21 topik utama, itu belum dikira subtopik-subtopiknya lagi. Mulakan dengan membuat senarai sukatan pelajaran sebagai senarai semak apa yang sudah atau belum diulangkaji. Kalau dah sudah faham dan ulangkaji, tandakan  '/ ' menunjukkan anda sudah ulangkaji subtopik tersebut. Bila anda sedar yang banyak lagi topik belum study, tentu anda tidak akan buang masa kepada perkara-perkara lain. Checklist ini tak semestinya perlu bertaip, tulis saja dengan tangan, yang penting ada, supaya anda tahu apa yang sudah, dan apa yang belum diulangkaji. 2. "Banyaknya nak belajar...dan ma...