Skip to main content

Trip piknik Hulu Paka

Hulu Paka merupakan kawasan awal di mana punca permulaan air kepada sungai paka. Sungai Paka mempunyai banyak cabang2 sungai awal yang kesemuanya dipanggil Hulu Paka. Salah satu cabang sungainya terletak jauh ke dalam kawasan hutan yang dulu nya merupakan kawasan penempatan asal penduduk durian mas, Terengganu. Itulah sungai yang saya pegi ni.  Lokasinya dapat dicapai melalui jalan masuk dari hadapan risda durian mas, bandar al muktafi billah, berdekatan dengan simpang tiga yang dikenali dengan nama Simpang Mek Bulu.

Laluan masuk ke salah satu sungai cabang Hulu Paka

Memasuki kawasan ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan kebun kebun dan tanah2 persendirian milik penduduk durian mas. Dusun durian, dusun rambutan, duku langsat, pisang dan buah2an lain. Lebih kurang 8 km ke dalam, baru lah kawasan kebun bertukar menjadi kawasan laluan tepi hutan. 
 Meneruskan perjalanan, anda akan temui laluan lori balak, dan ada juga kem kem balak. Ada banyak alur2 sungai yang anda boleh berhenti dan bermain air. 


Laluan balak


Laluan sungai yang kami berhenti. Sebenarnya laluan sungai paka ini diberitahu kepada saya oleh anak2 murid saya di durian mas. Oleh kerana kawasan bandar al muktafi billah shah adalah petempatan terancang, kawasan kediaman mereka tidak dibina berhampiran sungai seperti mana petempatan orang2 zaman dahulu. Jadi anak2 murid saya pergi ke sungai2 hulu paka ini untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana kawasan inilah yang paling hampir dengan mereka untuk beriadah dan berkelah.





Kedalaman yang sangat sesuai untuk anak2 saya yang masih kecil bermain air dan bermandi manda di dalam cuaca yang panas terik dan kering. Sejuk sikit rasa tubuh. Nak pergi mandi kolam kena bayar huhu. Nak mandi di laut pun cuaca terik dan tubuh berasa melekit dengan peluh dan air masin. Jadi bila panas sangat, kami ikhtiar juga ke sini untuk hiburkan anak2 :) 











Cukuplah kami berkelah di sini pun dah terasa nyaman, sejuk dan segar di bawah pokok2 hutan alam semula jadi. Anak2 murid saya kata, kalau kami sanggup menyusuri mengikuti aliran sungai ini, kami akan berjumpa dengan air terjun dan kawasan yang boleh mandi berenang separas dada. 
Ni pun dah cukup happy alhamdulillah. Terima kasih atas info kamu semua, membolehkan isaya dan keluarga sampai juga ke kawasan ni  :) :)








       



Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...