Skip to main content

Nur Shahida 1 tahun

Semalam genap umurnya shahida 1 tahun. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Kerana kesempatan menatapnya, menyusukannya, dan dengan pelbagai kerenahnya, kini dia berumur 1 tahun.sihat dan ceria alhamdulillah. Syukut sangat2.

Shahida, kami ambil nama nya sempena cerita tentang budak comel yg hilang dari jagaan ibunya.filem salman khan bertajuk Bhajrangi Bhaaijaan. Shahida sewaktu mengandungkannya, saya mendapat tahu saya mempunyai fibroid. Dan oleh kerana saya mempunyai fobia utk ceaser, sepanjang mengandungkannya, saya sentiasa berdoa dia sihat dan saya dpt bersalin normal. Takdir Allah yg memakbulkan dan dalam masa yg sama menguji, dia dapat lahir secara normal, namun keadaan saiz kepala yg sedikit panjang dan kecil, kesan daripada terhimpit lama di dalam kandungan bersama fibroid.

Setiap kali memandangnya, setiap kali itu sedih bertandang dihujung hati. Kerana saya, dia menerima kesan kurang normal pada kepalanya. Namun saya tetap bersyukur kepada Allah, kerana walau dengan keadaan nya yg begitu, dia membesar sihat, cergas, dan insha Allah saya akan terus mendoakan kesihatan dan keceriaan nya di sepanjang hidupnya.. moga shahida menjadi anak solehah penyejuk hati, sentiasa di dalam lindungan Allah di mana jua shahida berada... aaminnn..

Selamat ulang tahun kelahiran 1 tahun syg...

   

 

 




 

 








Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...