Monday, 21 October 2013

Cuti cuti Sarawak Part 2


Selamat pagi! Pagi yang indah di Sarawak. pukul 6 dah hampir terang. Awal lebih kurang 40 minit dari waktu Semenanjung. Rancangan pagi ini ke Pasar Serikin. Pasar Serikin adalah antara tempat yang mesti dikunjungi oleh orang suka shopping!! seperti saya huhuhu

Pasar Serikin terletak bersempadan dengan Indonesia, di dalam daerah Bau. Alan pemandu pelancong kami, telah menjemput kami seawal jam 8 pagi dari tempat penginapan kami di Hotel Grand Continental. Pemilihan hotel ini adalah kerana hotel ni ada kolam renang haha! Alasan yang klasik. Sama macam masa di Sabah dulu. Tapi malangnya berita buruk menyambut kehadiran kami. Kolam renang dibawah penyelenggaran selama seminggu. Hmm kebetulan. Mengamuk sakan anak sulung kami sebab tak dapat melakukan aktiviti renang kesukaannya. Nak buat macam mana. Redha je lah mandi kat bath tub bilik ye nak...

Ok berhenti dulu cerita hotel. Nak sambung cerita aktiviti nih! Haha. Perjalanan ke Pekan Serikin mengambil masa lebih kurang 1 jam dari bandar Kuching. Kami ada pemandu yang sangat cekap! Kalau memandu sendiri mau dua tiga jam baru sampai. (Itu tentu campur dengan sesatnya hihi) Saya belum pernah sampai ke Indonesia. Hati memang teruja bila sampai ke sini. Shopping disini boleh guna mata wang rupiah Indonesia atau ringgit Malaysia. Saya tentulah hanya membawa ringgit Malaysia :)


Pemandangan di Pasar Serikin. Pasar ini panjang. permulaannya Sarawak, Malaysia. Hujungnya dah Kalimantan Indonesia. Sepanjang lebih kurang...errr...ntah! dah lupa si Alan cakap berapa kilometer ya. Ada lah dalam 2 km rasanya huhuhu (teruknya kau Hawa baru beberapa hari yang lalu dah lupa!)

Pergi shopping di sini paling seronok kalau ada geng yang sama-sama kaki shopping. Jalan dengan anak2 ke tempat mainan je lah yang laju mereka tuju. Kat sini barang-barangnya dijual dengan harga yang berpatutan dan memuaskan. Boleh tawar menawar. Barang dan kualiti sama macam yang terjual di Bandung atau Jakarta. Ada bermacam-macam kain pasang sulam aneka corak  kesukaan saya (sempat menyambar 3 pasang!), ada telekung, kain baju, peralatan rumah, tikar sarawak, makanan dan macam-macam lagi. 


bergaya di kedai topi dan spek mata haha~ pinjam sebentar ye pak :) 


kedai cenderamata. Menjual pelbagai cenderamata kenangan yang diperbuat dari manik. 


Jaga-jaga Wak datang ni! ~


berehat sekejap di pondok wakaf yang disediakan.

Dah tengahari. Pukul 11 lebih matahari memang dah memancar tegak di kepala! Perut pun dah berkeroncong. Singgah di gerai ni dulu makan nasi ayam penyet hoho~

En.suami dan Alan, pemandu pelancong kami yang betul2 sabar melayan kerenah kami huhuhu

          Perjalanan diteruskan lagi keluar dari Serikin. Cukup dulu shopping buat masa ni. Banyak lagi destinasi yang hendak dituju. Laluan keluar melalui kawasan Gua Cina. Daerah Bau ni memang banyak gua-gua batu kapur. Proses semulajadi antara udara dan batu kapur menghasilkan banyak gua-gua yang kemudiannya digunakan sebagai tempat-tempat keramat dan pemujaan oleh agama lain. Kami tak sempat ke gua-gua yang diceritakan Alan. Hanya sempat ke gua yang memang kebetulannya termasuk dalam laluan kami. Itupun bergambar di luarnya sahaja.
Unik kan gua ni! Tercipta secara semulajadi.

Here we are!

Seterusnya kami bergerak ke tempat yang dinamakan Tasik Biru. Bekas lombong emas. Menurut ceritanya, tasik ini memang tersangat dalam. Pernah satu ketika sebuah bas sekolah telah terbabas dan jatuh ke tasik ini. Semua penumpang dan pemandunya memang tidak dapat diselamatkan kerana bas terus tenggelam sehingga ke dasar kolam, dan tiada siapa yang berani untuk menyelamatkan mereka kerana airnya dikatakan menyedut apa sahaja yang masuk ke dalamnya. Wallahualam. Tapi berada di sini, memang ketara sungguh kedalaman air ini kerana warnanya yang biru kehijauan seolah2 warna laut dalam.(kena tengok real ni! dlm kamera kami tak jelas sangat warna unik tasik ni)

anak dara saya yang sorang tu tak habis-habis dengan peace yo~


         Destinasi seterusnya ke Jong's Crocodile Farm. Terletak 29km dari Bandar Kuching, menghala ke Bandar Serian. Suatu tempat yang mesti dikunjungi terutamanya orang yang membawa anak kecil macam saya. Tempat ni merupakan zoo buaya! Bukan itu sahaja, macam-macam binatang lain juga ada sebagai pelengkap zoo ini. Sarawak memang terkenal kerana banyaknya sungai yang melingkari negerinya yang luas. Banyaknya kaum di Sarawak yang membina petempatan di tepi sungai. Dan beribu-ribu kes kematian akibat dimakan buaya. Memang sangat-sangat menarik dapat mengetahui sejarah Bujang Senang, buaya paling besar yang pernah ditemui setakat ini, yang mengorbankan nyawa entah berapa ramai manusia. 

Bayaran masuk untuk dewasa RM15 dan kanak-kanak RM8. Si kecil noi bawah 4 tahun tak perlu bayar.

Tengkorak Bujang Senang. Di belakangnya senapang yang digunakan untuk menembaknya.

Terpegun! Anak saya sedang melihat gambar-gambar ngeri mangsa dan kejadian dimakan buaya yang berada di sekeliling.

Buaya ini yang paling tua di zoo ini. Usianya sendiri taktahulah berapa. Tapi di zoo ini sudah 53 tahun. Dijual kepada pemilik zoo ini oleh seorang pedagang yang menangkapnya di Kalimantan, Indonesia.


Kawasan yang menempatkan arapaima gergasi. Memang besar sungguh arapaima yang terdapat disini. Lebih kurang saiz anak dara saya tu~

Inilah pertunjukan yang menjadi tarikan di Jong's Crocodile Farm. Menyaksikan buaya melompat menyambar makanan yang digantung tinggi di udara. Sangat mengagumkan! Buaya yang smpat dirakam ini menepis muka 'rakannya' untuk melonjak naik ke udara dan menyambar ayam yang tergantung!~

Antara binatang yang sempat dirakamkan. Ada banyak lagi. Pelbagai jenis ikan, pelbagai jenis buaya, pelbagai jenis kura-kura,burung, monyet, kijang, khinzir, memerang tapi dah tak ingat nak ambil gambar. Excited melayan anak-anak yang bertanya itu dan ini. 

Antara aksi buaya melompat yang cuba dirakam.

Keluar dari Jong's Crocodile Farm, jam telah menghampiri pukul 5 petang. Berkejar ke Kampung Gersik, tempat popular kek lapis Sarawak. Rugi dah sampai Sarawak kalau tidak memborong produk terkenalnya :)

Pemandangan Kampung Gersik yang menempatkan kedai kek lapis Dayang Salhah, pemandangan ini dari atas surau yang terletak bersebelahan dengan kedai tersebut.

pemandangan Waterfront Kuching dari Surau Kampung Gersik


Kemeriahan warna warni kedai kek lapis Dayang Salhah. Berhabis juga ratus ringgit memborong kek lapis ni. Ole2 untuk rakan sekolah.

Dari Dayang Salhah, kami hanya berjalan kaki ke susur sungai Sarawak. Pemandangan Indah Waterfront dari kampung Gersik dan kampung Boyan ini sungguh mengasyikkan. 


Kampung Gersik dan Waterfront yang dipisahkan oleh sungai Sarawak.



Jeti bot penambang menyeberangi sungai sarawak. Tambang seorang hanya 50 sen sahaja.


Wajah ceria anak-anak yang menikmati pengalaman menaiki bot penambang di Sungai Sarawak :)
 [tapi rasanya ibunya pun tak kurang juga lebar sengihnya tuh~ huhu]


Eh ! dah menyala lampu? Tadi rasa macam dah seberang ke Waterfront Kuching naik bot. Ni macamana boleh ada view malam pulak dari Kampung Gersik ni? Hahaha~ sebab kami naik bot semula. Tambang 50 sen je. sampai 3 kali ulang alik lalalala... hiburkan anak-anak. Gembira tengok mereka teruja :)

Subhanallah! Indah sungguh pandangan senja dan lampu neon waterfront, bila dipandang dari kampung Gersik ni. Macam lukisan~


Food Court yang berhadapan dengan Waterfront Kuching.

Pemandangan malam yang sungguh indah dari sudut Waterfront menghadap ke Kampung Gersik, menutup tirai percutian hari kedua kami di Sarawak. 


             Sungguh letih perjalanan padat hari ini. Dari Kuching ke Serikin, ke tasik biru, ke serian Jong's Crocodile, kembali ke Kuching ke Kampung Gersik dan Waterfront. Penat, tapi sangat berbaloi, sangat menghiburkan, sangat mengujakan!  :) Semakin terpaut hati kepada Sarawak, kepada keindahannya, kepada keunikannya,kepada kebudayaannya. Ini langsung tidak sampai separuh pun dari Sarawak. Banyak lagi yang belum kami jelajah, banyak lagi yang belum kami teroka. Banyak lagi yang belum kami sampai. Esok tinggal separuh hari lagi kami disini, sebelum pulang. Sarawak, kami pasti akan datang lagi.



























8 comments:

  1. kak hawa : arapaima??mksdnye buaya ke?...ade haiwan khinzir di zoo itu?tgk ibu die pun excited bjalan...ade next sambungan story tak?

    ReplyDelete
  2. Bestnyer.....rasa nk g krg jugak

    ReplyDelete
  3. Bestnyer.....rasa nk g krg jugak

    ReplyDelete
  4. arapaima tu nama ikan huda...memang sangat besar..slow motion je dia berenang kat dlm tasik tu..mcm boleh ngap! je kita bila2 masa kalau terjatuh.

    ReplyDelete
  5. nanti kak zai pun boleh jalan2 kat sana. serikin dan crocodile farm tu mmg best kak :)

    ReplyDelete
  6. Assalammualaikum cikgu hawa...boleh x saya dapatkan no telefon en alan pemandu pelancung..mcmn ye harge dia..leh email kt sy ija_pink@yahoo.com

    ReplyDelete
  7. As salam...boleh tk sy dptkn contact number pemandu pelancong Alan tu tk??!bgm ngn hrganya ya??ini email sy...rosnijassin@gmail. com

    ReplyDelete
  8. alamak alamak maaf ye yang bertanya no telefon alan. entry ni dah lama. tak perasan dah pertanyaan di komen hehe.
    no contact alan 014-8966368
    harapnya alan masih belum menukar no phone nya :)

    ReplyDelete