Skip to main content

Sekolah oh sekolah

Aku memohon pindah dari sekolah sekarang. Sesungguhnya aku sangat sayangkan sekolah tempat aku mengajar sekarang ni.. kawasan sekolah luas, lapang, cantik, besar, terpencil di pedalaman, jauh dari kebisingan kota, udaranya segar, murid-murid yang baik dan hormat guru, rakan rakan sekerja yang mesra dan bertimbang rasa, kesimpulannya semuanya menariklah disini. Tapi aku tetap memohon pindah. Kenapa? Kerana sekolah ini jauh dari rumahku syurgaku. Jauh? ye, sejauh lebih 100 km pergi dan balik setiap hari. Jika ada sebarang kecemasan dirumah, aku berfikir dua tiga kali untuk memohon cuti atau mengambil mc, sebab tak mungkin aku dpt menguruskan hal ku beberapa jam, kemudian ke sekolah utk tugasan. TAK BERBALOI. Perjalanan sejam lebih. Penat selesai urusan, nak memandu jauh ke sekolah, dua tiga jam kemudian memandu balik ke rumah. habis waktu dijalanan.
Anak murid di pedalaman, tidak ada kelas tuisyen untuk mereka selepas waktu sekolah. Jadi mereka sangat mengharap guru-guru sekolah untuk 'extra class' supaya lebih faham isi pelajaran. Aku? loceng waktu pulang bunyi berdesup fikir nak memandu pulang ke rumah. Meninggalkan sekolah untuk tuntutan keluarga dirumah pula. Hilang semua komitmen terhadap anak didik, dan urusan anak-anak dirumah juga tidak sepenuhnya terlaksana, dek kerana kepenatan memandu di jalanan.. Berkejaran inilah, membuatkan aku tidak kuat untuk menunaikan impianku sebagai pendidik berjaya, juga ibu dan isteri yang berjaya. Ku kira. ini faktor terbesar kelemahanku.
Apapun, 3 tahun telah berlalu. Walaupun aku sayang sekolah ini, aku tetap memohon pindah.

Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...