Wednesday, 19 October 2011

Mari Bergempur~

Kat sekolah skrg sedang musim menggempur budak2 form five utk spm.. Aku terlibat dengan dua kelas spm iaitu matematik dan matematik tambahan. Taktaulah nak sumbat apa lagi kat budak2 ni. Rasanya mcm dah bagi dah semua ilmu di dada, tapi masih rasa belum mencukupi. Gunakan soalan past year dan soalan trial negeri-negeri. Seperti yang aku tulis sebelum ni, budak-budak ni di kampung. Takde kelas tambahan lain. Memang harap 100% pada cikgunya(ada la juga dua tiga orang yang pergi kelas tambahan lain). Lingkup cikgunya ajar, lingkuplah anak murid jadinya. Aku harap aku tak melingkup, dan anak-anak muridku yang cerdik pandai tu boleh dapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan spm mereka nanti.

Tinggal lagi 3 minggu sebelum mereka menduduki peperiksaan sebenar. Aku pulak yang berdebar....

No comments:

Post a Comment