Monday, 13 August 2012

pilihan di tangan anda

Kita sering menilai kehidupan melalui dua perkara. Cantik, atau hodoh. Mahal, atau murah. Baik, atau jahat. Kaya, atau miskin. Senang, atau susah.

      " Tengok, cantik tak jam tangan abang ni? Mahal tau! cantik, kan?," kata seorang jejaka.

      "Amboi memang cantik! Oh mahal ye...kalau mahal boleh saya baling? Tentu tak pecahkan? hehehe," jawapan balas daripada si gadis.

Dialog yang saya dengar tanpa sengaja ini membuatkan saya berfikir. Dulunya, jika saya membeli sesuatu yang mahal, saya juga mengharap kepada perkara yang sama. Bila mahal, tentu barang itu tahan lama. Berkualiti, dan tidak mudah rosak. Tapi sebenarnya konsep ini tidaklah merangkumi semua perkara.Malahan hanya untuk perkara-perkara tertentu sahaja. Selebihnya, yang mahal lah yang biasanya lebih perlu dijaga, lebih disayang dan diberi penuh perhatian.

           Mangkuk kristal, dengan mangkuk plastik. Kristal begitu indah dan ekslusif bila dipandang, harganya juga mahal berbanding pinggan plastik cap joyah di kedai mak limah. Si kristal yang berkilau dan bersinar di bawah cahaya lampu, prakk berkecai hancur bila terjatuh ke lantai. Berderai, tanpa langsung dapat dikenali rupa asalnya.Mangkuk plastik, RM2 dengan aneka corak yang sekali guna isi lauk kari, melekat warna kuning hilang cantik timbul hodohnya, tapi 6, 7 , 8 kali anak saya baling ke lantai masih kukuh dapat berkhidmat lagi.

           Baju sutera dengan kain kelabmen (istilah emak saya untuk kain baju yang tidak perlu digosok tapi tidak kedut walau dibasuh mesin dan perah kuat sekalipun). Si sutera itu, basuh tidak boleh dalam mesin basuh, hanya celup-celup dalam air berisi pelembut fabrik, rendam dan kemudian angkat terus digantung tidak boleh diperah nanti kedutnya banyak. Sudahla proses menjaganya remeh, (bagi si pemalas macam saya) nak menggosok pun satu hal. Kena guna seterika steam baru lancar menggosok. Kalau seterika biasa, berpeluh2 dekat 40 minit baru siap sepasang sutera (saya memang malas menggosok!) Tapi saya tau, walau saya tak menyukai penjagaannya, tapi saya sedar saya juga terpegun dengan setiap kecantikannya. Peminat sutera merata seluruh dunia, gembira dengan kecantikan dan rasa anggun bila memakainya. Si kelabmen, jauh lebih murah tapi orang pandang biasa-biasa aje kepada sipemakainya.

           Apa yang saya merepek ni? Saya menyaksikan banyak hal berkaitan remaja perempuan maklumlah sebagai guru sekolah menengah, pelbagai masalah yang melibatkan anak remaja perempuan berlaku dipersekitaran. Pelajar perempuan yang lari dari rumah, mengandung anak luar nikah, ponteng sekolah, biadap dengan guru dan ibu bapa, bertukar-tukar pasangan sesuka hati, mengekor remaja lelaki dan tidak segan silu berpelukan dikhalayak ramai dengan si boipren yang dibangga2kan. Aduh, anak...anak...kalian masih belum dewasa. Masih begitu naif dengan rencah dan kancah dunia.

           Sebagai anak remaja perempuan yang sedang meniti kedewasaan, kamulah yang perlu memilih untuk meletakkan diri kamu sebagai siapa, dan yang mana satu. Batu permata yang indah di kedai permata, tersimpan gah dan cantik di dalam kaca kedai. Hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang boleh memegangnya, memilikinya, tentu dengan harga yang tinggi. Batu kerikil, di tepi jalan itu? Tak siapa pun memandangnya. Malah, hanya disepak orang merata-rata.

            Jadi, pilihan ditangan kamu. Samada ingin menjadikan diri kamu berharga mahal atau murah, didalam cermin kaca atau ditepi jalan, bermaruah tinggi atau maruah yang dipijak dan ditendang orang sesuka hati? Siapa yang akan menjadi kesayangan Allah? Wanita yang memelihara aurat dan tutur katanya, menjaga kehormatan istimewa untuk suaminya? atau wanita yang berpakaian seksi, membuka hampir seluruh auratnya, untuk tatapan umum ibarat satu free show? Pertunjukan tidak berbayar memang menderu orang nak menengoknya. Sapa tak suka barang free? tapi benda free ni, kalau rosak campak aje ke dalam tong sampah. Tapi kalau beli mahal untuk dapatkannya, barulah cuba diperbaiki dan menghargainya. Ha, pilih. Nak dihargai atau dicampak aje? macam habis madu, sepah dibuang? Fikirlah....



>ala cikgu cakap macam best je, saya tengok orang kaya tu main buang je barang-barang dia walaupun barang tu mahal. Rosak je terus buang.

>> Kamu rasa kamu kaya ke? Kalau kamu kaya, pandanglah orang yang susah. Tengok dia hargai ke tidak barang yang mahal. Dalam hidup ni, untuk mencapai bahagia, kita perlu pandang dan lihat pada orang yang lebih susah dari kita.Tengoklah orang yang miskin nak makan pun susah apa lagi nak beli barang yang lebih mahal. Hidup ni jangan asyik pandang ke langit, nanti tak sedar tersadung batu tersembam ke bumi. Saya doakan, mungkin bukan sekarang, tapi satu hari nanti kamu pasti akan terfikir betul atau tidaknya cakap saya ini.




1 comment:

  1. kak hawa...like it..suke bace! kalau rase diri mahal dan berharga..jagalah aurat..kalau tak,tepuk dada tanyalah minda sendiri...

    ReplyDelete