Skip to main content

Posts

Semalam di kuala terengganu

Apa yg istimewanya di Kuala Terengganu semalam? Istimewanya kerana buat pertama kali saya berjalan dengan hanya kelima-lima anak saya :) Permulaan cuti sekolah seminggu pada hujung bulan Ogos 2017. Dihujungnya ada hari raya Aidiladha. Saya pula sedang menghabiskan baki terakhir cuti bersalin. Dalam tempoh beberapa hari lagi selepas buka cuti sek ni, saya akan mula bekerja semula. Jadi saya ingin mengambil kesempatan ini untuk berjalan2 bersama keluarga. Maklumlah baru habis pantang. Tapi suami saya nak pegi ride. Dah lama dia merancang ride ke Kemboja ini. Ride amal korban bersama teman-teman bikers nya dari Seremban. Pose istimewa bersama anak2 sebelum bertolak. Saya kerah anak2 utk bangun semuanya di awal pagi cuti ni sebelum ayah mereka bertolak  supaya anak2 semua tahu ayah mereka nak pergi mana. Takdelah nanti asyik tanya saya "ayah ke mana ibu?" "ayah pergi mana ibu?"   Semoga selamat dalam perjalanan pergi dan balik. Fi amanillah. Maka...

2017 di sekolah baru

Sudah berlalu hampir 3 minggu sesi persekolahan bagi tahun 2017.  Di sekolah baru. Tanah tumpah kelahiran suami, Terengganu. Masih dalam proses melengkapkan rancangan pelajaran tahunan bagi subjek yang diajar untuk tahun ni. Alhamdulillah... dapat kembali mengajar matapelajaran matematik tambahan dan juga menjawat jawatan guru penasihat pengakap. Moga saya dapat melaksanakan tugas yang di amanahkan dengan baik untuk tahun 2017. Bila kita berpindah ke sekolah baru, kita akan menyesuaikan diri dengan suasana persekitaran yang baru, rakan-rakan sekerja yang baru, pengurusan dan bos-bos yang baru, sistem dan peraturan yang tertakluk kepada pentadbiran baru. Bak kata pepatah, masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak. Begitulah juga saya dalam tempoh 6 bulan pertama di sekolah ini. Dan alhamdulillah, tahun 2017 membolehkan saya bergerak lebih selesa di sekolah baru dengan suara yang lebih didengari dan tindakan yang lebih difahami. Wah banyak betul istilah ters...

new year, new environment, new task

Setahun sudah berlalu sejak post yang terakhir dalam blog ni. haachummmm~~! berhabuk dan bersawang tak berjenguk dan tak berkemas dan tak ber update. Dah bermacam-macam peristiwa / event / cerita / kisah / ujian / dugaan pahit dan manis yang berlaku dalam hidup saya dalam tempoh setahun sejak post saya yang terakhir. Peristiwa2 yang kejap rasa nak update, kejap lupa, kejap rasa malas update, lepas tu teringat terkenang2 hahaha (kan senang kalau cakap ko malas jek) hiiihiii Tapi yang paling menyayat hati saya, adalah peristiwa handphone kesayangan yang rosak teruk dan tidak dapat diselamatkan..huhuhu...sedih yang tak dapat nak diungkap dengan apa jua kata2 pun. terlalu banyak kenangan dan screenshot motivasi dan resepi dan lagu dan ceramah2 motivasi dan nombor phone semua kenalan dan gambar2 di dalamnya yang sukar diganti dengan 10 ke 100 pun handphone baru. tak akan sama. tak akan sama. Tapi itulah, Allah menguji. Kita bersabar. Moga Allah menggantikan kehilangan dengan perkara...

Trip Jelajah Selatan Thailand - Hatyai hari ke 4

Selepas menghabiskan sepetang di Samila Beach, Songkhla,(anda boleh baca entry tersebut di sini ) kami meneruskan perjalanan ke Hatyai pula. Hatyai juga merupakan salah satu dari bandar di dalam wilayah Songkhla. Hatyai merupakan kota metropolitan terbesar di selatan Thailand, dan kota metropolitan ketiga terbesar di Thailand. Pusat pentadbiran banyak terletak di utara Songkhla, manakala kawasan urusniaga(industri bisnes) banyak di Hatyai. Hatyai asalnya merupakan suatu perkampungan kecil yang biasa, tapi kemudiannya berkembang secara luar biasa sejak kewujudan stesen keretapi yang menjadi penghubung utama di Selatan Thailand. Malahan keretapi Malaysia iaitu KTM juga menjadikan stesen Hatyai sebagai stesen terakhir. Maknanya, sesiapa dari Malaysia boleh masuk ke Thailand dengan menaiki keretapi sehingga ke stesen Hatyai. Ketika sampai di Hatyai, jam telah menunjukkan pukul 7 malam waktu Malaysia, bermaksud pukul 8 malam waktu Thailand. Kami terus menuju ke pusat bandar Hatyai...