Skip to main content

Mengiringi pelajar ke pertandingan olympiad

Pertandingan olympiad. Apa itu pertandingan olympiad? Olympiad merupakan suatu pertandingan di mana peserta dikehendaki menjawab soalan2 yg mencabar dan super luar biasa sukarnya, secara bertulis.

Tahun ini, rezeki menjadi guru kelab stem sekolah. Dan semua surat yg sampai ke sekolah berkaitan stem atau sains dan matematik akan juga dimaklumkan kepada saya. Insha Allah.. selagi berkemampuan, saya akan cuba memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar untuk terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan sains dan matematik ini.

Ada 3 pertandingan melibatkan olympiad. Satu jemputan dari pihak asmo( asean science and mathematics olympiad) satu jemputan dari persama iaitu OMK( olympiad matematik kebangsaan) dan satu jemputan dari Gagasan iaitu olympiad peringkat negeri.

Jemputan untuk membawa pelajar ke pertandingan olympiad peringkat negeri adalah yg paling kalut sekali huhu.. surat sampai pagi ahad. Pertandingan pagi isnin esok nya. Kelam kabut saya mencari pelajar dan berbincang dan langsung tidak sempat mengulangkaji apa2 pun. Esoknya pagi2 dah ke kuala terengganu ke event pertandingan di sm sains sultan mahmud kuala terengganu.

Shahir, sofiyah, izzati dan fatihah adalah wakil peserta olympiad dari sekolah saya.

Dewan utama sm sains sultan mahmud tempat berlangsungnya pertandingan olympiad matematik

3 sekawan sedang duduk mendengar motivasi selepas pertandingan.


Takpelah shahir, kita jadikan event harini suatu pengalaman walaupun tak menang apa2 pingat.


Bergambar di depan tugu sesma sebagai kenangan bersama sijil penyertaan masing2.

Memang jelas dan ketara bahawa anak2 didik saya ni tidak bersedia dengan pertandingan ni. Jangan kata mereka, saya pun tak bersedia, maka kekurangan saya itu menyebabkan saya tidak dapat mempersiapkan mereka dengan cukup maklumat dan gambaran tentang pertandingan ini. Takpelah yang penting pengalaman yg diperoleh sepanjang pertandingan. Insha Allah saya juga akan cuba menambah baik persediaan untuk pertandingan sebegini di masa akan datang.



Comments

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atas...