Skip to main content

Gerak Gempur 2012 dah bermula...

Tahun ni berbeza daripada tahun-tahun sebelum ni. Gerak gempur telah berjaya dimulakan dua minggu sebelum periksa percubaan bagi pmr dan sebulan lebih sebelum peperiksaan percubaan spm. Ini adalah suatu pendekatan terbaru bagi sekolah kami. Tentunya, kami menghadapi kesukaran untuk 'menggempur' mereka kerana ada silabus yang belum berjaya dihabiskan. Kami tidak sama dengan sekolah berasrama penuh. Pelajar yg 24 jam di sekolah pasti lebih mudah dipantau dan lebih cepat silabus berjaya dihabiskan. Kami juga tidak sama dengan sekolah harian bandar. Jika pelajar kurang menyerlah disekolah, ibu bapa dengan segera mengambil inisiatif menghantar anak-anak ke pusat-pusat tuisyen yang gah di bandar-bandar. Jadi strategi pengetua, jadual gerak gempur ini diselang seli dengan jadual rasmi biasa. Maksudnya, seminggu gerak gempur, seminggu kelas biasa, seminggu kemudian gerak gempur dan seminggu seterusnya jadual biasa. Pada masa gerak gempur, pelajar disediakan dengan soalan-soalan berformatkan peperiksaan, agar mereka biasa dengan soalan peperiksaan. Pada masa jadual biasa, guru-guru akan berusaha sedaya upaya menamatkan silabus atau memberi latih tubi secara topikal.

Secara jujurnya, saya amat menyenangi strategi ini. Hal ini kerana, pada tahun-tahun sebelum ni, saya sering tidak sempat untuk menyediakan pelajar untuk peperiksaan percubaan.  Maka, keputusan peperiksaan percubaan subjek saya sering tidak memberangsangkan. Tidak kiralah matematik pmr atau matematik tambahan spm. Sekolah kami bukan sekolah harian bandar, yang rata-ratanya mempunyai pelajar-pelajar yang boleh disandarkan harapan untuk berjaya tanpa mengharap bantuan cikgu sepenuhnya. Kami mendidik pelajar luar bandar. Pelajar yang baik sahsiahnya namun tahap kebergantungan kepada ilmu daripada gurunya adalah 100%. Jika terlingkup cikgunya, terlungkuplah mereka. Jadi, pendekatan terbaru ini, ditambah dengan audit kurikulum yang dijalankan oleh pihak pengurusan sekolah, diharap mampu menyedarkan pelajar peri pentingnya pelajaran bagi menentukan keselesaan hidup mereka di masa hadapan. Walaupun ini baru peperiksaan percubaan, namun, lebih cepat mereka sedar, lebih banyak pelajaran yang dapat diulangkaji dan lebih besar peratus kejayaan mereka. Waktu jadual biasa yang memperuntukkan masa hanya sejam dua puluh minit tidak mampu memberi ruang yang mencukupi untuk perbincangan lengkap satu-satu set soalan peperiksaan. Tapi masa gerak gempur 3 jam boleh membantu saya menghabiskan bukan sekadar 1 tapi 2 set soalan berformatkan peperiksaan. Harapan saya, moga usaha dan ikhtiar cara ini lebih berbaloi, dan menghasilkan keputusan yang lebih memuaskan berbanding tahun-tahun kebelakangan.



  




Semasa audit kurikulum, saya amat terharu dengan nasihat pengetua, nasihat gpk akademik, dan nasihat kaunselor kepada pelajar kelas saya 3 amanah. Benar, pelajaran adalah sesuatu yang tidak bergantung kepada orang lain. Pelajaran adalah sesuatu yang kita sendiri kena usahakan. Pelajaran adalah penentu keselesaan kita di masa hadapan. Pelajaran lah yang menjadikan siapa diri kita sebenarnya. Moga pelajar-pelajar saya insaf dan sedar selepas diberi motivasi-motivasi dan nasihat-nasihat ini. Saya mendoakan yang terbaik untuk masa depan kamu semua. 

Saya sayang kamu semua, pelajar-pelajar saya, tidak kiralah apa latar belakang kamu.

Comments

  1. saya juge sayang mereka...kadang2 rase sayang nk tinggalkan sekolah ni...

    ReplyDelete
  2. Memang sayang, huda.tapi kita juga ada masalah peribadi yg perlu diberi perhatian sehingga memerlukan kita berhijrah tinggalkan sekolah ni. Apapun, dimana kita berada, moga kita tetap dpt berkhidmat dengan ikhlas dan bersungguh, walau siapa pun anak murid kita nanti. InsyaAllah.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. ...

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN

8 TIPS CEMERLANG MATEMATIK TAMBAHAN 1.     Pelajar memang hendak belajar. (tidak dipaksa) 2.     Pelajar sanggup untuk berusaha .(Kamu perlu membuat semua latihan yang diarahkan oleh guru tanpa merungut, dan membuat semula semua pembetulan bagi setiap kesalahan yang telah dibincangkan) 3.     Mempunyai semangat untuk bersungguh-sungguh. Mempunyai keazaman yang tinggi (Jika kamu tidak dapat menjawab soalan yang diberi, kamu akan mencari jawapan dari sumber rujukan dan sedaya upaya berusaha untuk menyelesaikannya, tanpa berhenti separuh jalan) 4.     Bina kebolehan untuk fokus pada sesi pembelajaran , belajar untuk ‘ block ’ semua gangguan-gangguan yang menghalang kelancaran kamu belajar( Jauhkan diri/simpan semua telefon, ‘ facebook ’, tv dan sebagainya. ) 5.     Beri tumpuan kepada proses membuat latih tubi matematik sekurang-kurangnya 2 jam secara berterusan seminggu sekali. ...