Ini adalah topik dalam addmath yg paling sukar bagi saya untuk diajar kepada anak2 murid. Entah kenapa.dari sejak zaman pelajar hingga dah jadi pengajar ni, topik nilah yang paling 'problem' sekali. Sangat ngeri bila nak sampai jek kat topik 6 form 5. Tapi tetap terpaksa ajar juga nak tak nak. Memang selalunya, mengaku kelemahan sendiri, dan minta maaf dgn kekurangan sendiri. Alhamdulillah, setakat ni anak2 murid nampaknya memahami 'kelemahan' cikgu mereka ni.
Tapi, untuk tidak berterusan memalukan diri sendiri setiap tahun(sebenarnya ni baru tahun ke 2 ajar form 5), maka saya bertekad, lepas ni tak boleh tunjuk lemah lagi bila sampai bab ni. Kena study macamana nak mudahkan, dan fahamkan pelajar tentang topik ni. Terlebih dulu, cikgunya kena tahu beza antara permutations dan combinations. Saya telah menemui satu laman web yg 'explain' dengan mudah tentang dua perkara ni. Thanks. Mudah-mudahan permutations dan combinations tidak lagi menjadi fobia bagi saya :)
Life.. uncertainty.. Nothing is particularly hard if u divided it into small jobs
Comments
Post a Comment