Selamat menyambut aidiladha buat semua. Untuk pelajar-pelajar tingkatan 5, semoga urusan study anda untuk spm tetap berterusan walaupun di hari perayaan. Tinggal 2 minggu lagi sebelum exam. Sekolahku cuti sehingga selasa. Yahoo :) seronok cuti 5 hari. Masa Deepavali haritu cuti 9 hari. Cuti memanglah gembiranya tapi banyak kerja yang tergendala. Dihujung-hujung nak cuti sekolah ni banyak kerja yang perlu dibereskan. Paling penting tanda paper exam final untuk tingkatan 4 jangan dilupa hehe. Dateline dah dekat ni. dalam kalut nak tanda paper, budak form 5 nak disedia, dapat pulak panggilan kursus 2 hari, tanggungjawab hari Q, arghhh!!... Apapun, kita raya haji dulu..
Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka. Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. ...
Comments
Post a Comment