Antara tips-tips untuk berjaya menjawab dengan cemerlang kertas matematik tambahan anda:
1) Telah membuat banyak latih tubi dengan bersungguh-sungguh
2) Bertenang ketika di dalam dewan peperiksaan
3) Baca soalan dengan teliti, jangan gopoh,fahami apakah kehendak soalan, berfikir dan ingati balik soalan tersebut dalam bab apa. Ini untuk memudahkan anda merancang formula apa nak guna, tengok juga soalan keberapakah ia berada. Contoh paling mudah :
Soalan no 3, kertas 1. tapi ada perkataan 'tangent' didalamnya. Pelajar akan keliru bahawa bila tangent, ini ialah dy/dx. Tapi tidak sebenarnya. Kerana ia no 3, sebenarnya ia bab awal.Jadi ia terletak pada topik quadratic equation.Persamaan menyentuh satu titik.
4) Jawab soalan yang anda tahu dahulu. Selak satu persatu, jawab, sehingga muka surat akhir soalan. Memang lumrah jika pelajar 'stuck' ketika sedang menjawab. Ini bukan bermakna anda tak tahu, tapi idea itu mmg tiba2 lost.Tarik nafas panjang, bertenang, dan cuba baca kembali soalan yang telah anda tinggalkan tadi. Mudah-mudahan ilham akan datang untuk menjawabnya juga :)
5) Untuk soalan berjadual, contohnya statistics.(mencari median atau interquartile range, atau standard deviation) pastikan anda tunjukkan semua jadual yang anda buat di atas kertas yang akan anda hantar, bukan diatas kertas soalan sahaja. Ini adalah untuk mengelakkan kehilangan markah yang layak anda dapat.
6) Bagi soalan bergraf, jika ada perpuluhan, didalam jadual pastikan jawapan sekurang2nya 3 tempat perpuluhan. Tetapi di dalam graf, 2 tempat perpuluhan. Baca teliti soalan linear programming, sama ada lebih besar atau lebih kecil, untuk elakkan kesilapan melakar rantau berlorek.
Apapun, sesudah 2 tahun anda belajar matematik tambahan dengan asas matematik sejak 9 tahun atau lebih, pastikan anda memperoleh sesuatu gred untuk matapelajaran ini. Lulus sekurang-kurangnya untuk membolehkan nama subjek ini tertulis di atas sijil spm anda. Bagi yang mmg cemerlang, berusaha secemerlang mungkin untuk mendapat gred terbaik A+ untuk subjek ini.
Saya doakan anda berjaya. Amin.

Comments
Post a Comment