Skip to main content

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁

        Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas.








Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe




Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha

Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembahan dan jamuan.

Persembahan pelajar

Sukaneka aktiviti musang berjanggut mengupas bawang putih

Aktiviti masukkan jarum paling banyak dalam selembar benang

Kek2 sempena jamuan hari guru. Kek ni ada yg di sponsor oleh kelab guru, pibg, dan bekas anak murid dan bekas guru dmas.



   Pada hari ini juga, selain guru bertugas, saya juga merupakan ketua group jamuan yg bertanggungjawab menguruskan makanan utk para rakan guru. Semua guru2 dpt makan secara percuma sepanjang hari ini  :) menu kami laksa penang, nasi briyani, air2, mi goreng, nasi lemak, bubur kacang dan aneka kuih muih. Memang meriah makanan harini alhamdulillah :) 







Tak ingat nak ambil gambar menu yg banyak hahaha cuma letak gambar suasana majlis semasa guru2 makan :)



       Bilik guru saya juga mengadakan majlis persendirian pertukaran hadiah sesama kami. Seronok sangat bergelak ketawa dan bertukar2 hadiah. Event ni event tahunan kami. Merapatkan silaturrahim dan ukhuwah sesama kami alhamdulillah :) :)















Mungkin ada yg kata, cikgu ni syok sendiri je. Buat majlis dan rai diri sendiri. Memanglah. Biarlah. Kalau bukan kami yg memeriahkan hari kami ni, siapa lagi yg sudi merai kan utk kami. Maka kami mestilah menjadikan hari ini sesuatu yg meriah dan menarik, untuk kami sendiri hehehe




Tahun ni, sambutan hari guru adalah sehari sebelum ramadhan. Malam ni dah start terawikh. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan, Selamat berpuasa kepada semua ~ 😊







Comments

Popular posts from this blog

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2