Kembara amal asnaf 2018 ni adalah lanjutan dari beberapa siri program amal yg sudah pernah saya ikuti. Program ini dirancang dan di laksana sepenuhnya oleh sahabat bikers suami, secara persendirian. Bukan atas nama kelab2 tertentu atau komuniti dan persatuan tertentu. Kutipan bantuan dan sumbangan dijalankan secara persendirian kepada sesiapa yg berniat bersedekah atau berzakat. Dan acara penyerahan juga dijalankan tanpa sebarang publisiti, dengan jumlah bikers yg biasanya tidak sampai 10 orang.
Berkumpul di masjid hadhari paka, sebelum bergerak ke kawasan asnaf yg telah ditetapkan.
Mula bertolak sekitar jam 930 pagi.
Melalui jalan santong menuju ke kerteh 5.
Tiba di rumah asnaf yg pertama utk projek kembara hari ini.
Sumbangan yg diberi kepada asnaf berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, milo, teh, tepung dan beberapa barangan lagi. Sumbangan ini adalah sempena menyambut ramadhan yg bakal tiba.
Sedih. Keluarga ini mempunyai 5 orang anak, tetapi 4 orang daripada nya merupakan anak istimewa. Anak syurga. Berat mata yg memandang, berat lagi beban ibu bapa yg memikul. Moga keluarga ini dikurniakan kesabaran dan keteguhan iman dalam melalui hari2 yg mendatang yg penuh dgn cabaran. Moga Allah permudahkan segala urusan mereka.
Penerima sumbangan seterusnya adalah rumah tahfiz di kerteh 6.
Bergambar bersama ahli rumah tahfiz ini.
Ada 4 keluarga penerima asnaf dari sekitar rumah tahfiz ini yg turut menerima sumbangan.
Anak2 tahfiz rumah ini seramai lebih kurang 28 orang anak2 lelaki dengan usia paling muda adalah 9 tahun. Mereka mengalunkan alunan zikir sebagai persembahan ringkas semasa kami di sini.
Sumbangan quran dan tafsir kepada pengetua rumah tahfiz.
Sumbangan seterusnya adalah kepada rumah tahfiz fawwaz. Rumah ini ketika ini menempatkan lebih kurang 10 orang anak2 tahfiz.
Sumbangan terakhir berlangsung di masjid sultan mizan zainal abidin kerteh.
Sesungguhnya program kembara amal asnaf ini adalah suatu sumbangan kecil yg terdaya dilakukan dengan niat menggembirakan asnaf sempena menanti kehadiran bulan ramadhan yg bakal tiba. Walaupun sumbangan ini tidak seberapa, tapi diharap dapat meringankan sedikit beban hati dan perasaan asnaf yg menerimanya. Semoga segala urusan penerima dan penyumbang diberkati Allah.. aaminn...
Comments
Post a Comment