Tahun 2018 ini, merupakan tahun ke 5 pentaksiran tingkatan 3 atau singkatan nya PT3, dilaksanakan. Sejak pelaksanaan pertama kalinya pada 2014, PT3 mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak. Reaksi itu masih lagi belum dpt reda atau diterima sepenuhnya walaupun selepas menginjak hingga tahun ke 5 pelaksanaannya ini.
Ibu bapa rakyat malaysia berdekad dekad lamanya telah terbiasa dengan corak penilaian berbentuk peperiksaan berpusat. Sistem peperiksaan PMR(penilaian menengah rendah) sejak 1993, yg sebelumnya nama SRP(sijil rendah persekolahan) dan yang sebelumnya nama lama nya LCE (lower certificate education). Walau semua nama ini ditukar ganti, namun corak peperiksaan nya memang sudah diterima umum. Semua lapisan masyarakat Malaysia yg dalam lingkungan umur 25 tahun ke atas sgt faham dan jelas tentang apa itu penilaian peperiksaan terutamanya PMR ketika tingkatan 3. Jadi, apabila sekolah pula di minta mengambil alih peperiksaan dengan nama pentaksiran tingkatan3, sememangnya ia mendapat tentangan dan kritikan dari pelbagai pihak, terutama tentang corak dan bentuk penilaian itu dijalankan. Di download, dicetak, di stapler dan di simpan hanya di bilik kebal sekolah, menimbulkan banyak keraguan tentang ke esahan kertas peperiksaan. Apatah lagi kemudian nya di semak, dan di beri penilaian oleh hanya guru mata pelajaran masing2. Lebih lagi dikritik dan dipertikai oleh para ibu bapa kelahiran 80an dan 90an ini.
Rata2 bertanyakan soalan mengapa perlu nya perubahan ini. Rata2 mempertikai kenapa tak kembali saja pada zaman PMR. Sila mansuhkan PT3. Jelas mereka yg menuntut agar dimansuhkan PT3 ini adalah mereka yg hanya pentingkan diri sendiri. Hanya tahu mengkritik tanpa cuba memahami.
Secara peribadi, sekiranya saya sendiri tidak berada di peringkat pelaksana PT3 ini, kemungkinan saya juga akan memikirkan perkara yg sama. Mansuhkan saja kerana menyusahkan je. Leceh. Kenapa semuanya perlu disediakan oleh sekolah? Tak akan jadi sulitlah nanti. Boleh bocor soalan ni nanti. Tetapi sebenarnya, bila kita mahu memerhati dan memberi tumpuan, kita akan dpt lihat bahawa PT3 merupakan sesuatu yg sgt relevan dengan cabaran dunia hari ini. Kenapa?
1. Soalan ujian bertulis pt3 menghapuskan bentuk soalan objektif. Kesemua soalan adalah secara subjektif. Didalam satu subjek ada gabungan satu dua soalan objektif, beberapa soalan struktur, dan selebihnya adalah bentuk pemikiran kbat, yg menguji tahap pemikiran setiap pelajar. Memang mencabar. Dan takde istilah baling dadu utk jawapan A, B, C, D. Semuanya adalah hasil jawapan yg keluar dari buah fikiran pelajar. Kalau kosong fikiran mereka, maka kertas kosong lah yg di hantar. Bukan kah itu memang betul2 memenuhi tuntutan pelajar masa kini? Boleh berfikir, ada ilmu dan ada kefahaman terhadap subjek.bukan menghafal semata2.
2. Tiada soalan spot kerana tiada pattern soalan yg serupa. Istilahnya disebut sebagai non routine question. Takde proses hafal jawapan seperti yg berlaku pada zaman PMR dulu kerana soalan tidak lagi boleh dijangka.apa yg akan keluar. Tahun lepas soalan lain.susunan lain.tahun ini soalan lain.susunan lain.
3. Bentuk pengujian yg merangkumi semua kategori. Ada lisan bertutur. Budak mesti boleh bercakap. Ada lisan mendengar. Budak mesti boleh menggunakan deria dengar untuk suatu komunikasi menjawab soalan. Ada ujian tugasan yg memerlukan mereka berjumpa masyarakat utk ditemubual, diselidik, dikaji, di bentang. Dan tak ketinggalan pastinya ujian bertulis. Bukan kah ini sesuatu yg perlu dalam membina ketrampilan pelajar. Menjadi pelajar yg berani, berdaya saing, dan mempersiapkan mereka utk cabaran akan datang.
Jadi, saya berpendapat bahawa pt3 ini memang sesuatu yg baik dan wajar dikekalkan bagi pelajar tingkatan 3. Sesuatu berbentuk akademik itu memang sepatutnya tidak diukur dari satu sudut sahaja kerana setiap pelajar mempunyai kepelbagaian kecerdasan. Memang sesuatu yg baru itu, pastinya ada sahaja penentangnya sebelum sesuatu itu terbukti baik kepada masyarakat. Tempoh 5 tahun memang belum memadai utk membuktikan kejayaan program itu. Namun, kesabaran dan kerjasama semua pihak adalah perlu utk merealiti kan sasaran generasi berdaya saing ini. Terutamanya desakan mereka2 yg kurang sabar terutama pihak ibu bapa. Mereka harus bertenang dan berlapang dada kerana segala yg di lakukan ini memang adalah utk kebaikan anak2 mereka juga.

Comments
Post a Comment