Skip to main content

Mencari damai di Tasik Banding, Royal Belum

Saya memang telah lama menyimpan angan2 utk bercuti ke tasik banding, yg terletak di hutan simpan diraja Belum, Grik, Perak. Bila suami memberitahu sahabat mendaki dia buat program naik rumah bot di tasik banding, melompat2 teruja saya mendengarnya hihihi~

 Pada hari yang dirancang, kami bertolak dari paka, Terengganu selepas asar. Perjalanan agak santai bagi kami sekeluarga kerana sasaran kami adalah untuk bermalam di atas rnr titiwangsa sebelum sampai ke tasik banding.


Alhamdulillah perjalanan yg lancar, sempat singgah di sate jabi, besut untuk makan malam sebelum akhirnya tiba pada jam 12 lebih malam di rnr titiwangsa.

                     
Lukhman dan shahida yg paling lewat tidur.
               
                     
Kebetulan masa kami di sini, ada seekor gajah yg tersesat masuk ke kawasan rnr dan makan pokok hiasan yg ada di tepi tandas rnr ini. Jangan kata anak2, ibu nya ni pun excited tgk gajah liar betul2 depan mata :)

Selamat pagi titiwangsa :) :)  Terima kasih Allah atas kesempatan menyaksikan matahari terbit dari atas banjaran ni :)

Sejuk dan indah sekali pemandangan dari tepi kawasan rnr ni




Anak saya fateh dan shahida awal2 lagi dah bangun bermain :)




Bergambar dulu sebelum berkemas dan bergerak ke tasik banding. Janji bertemu dengan ahli boathouse yang lain lebih kurang jam 9 di jeti tasik banding.


Jika anda berminat untuk menaiki rumah bot di tasik banding, ada banyak pilihan dari yg murah boleh memuatkan berbelas orang ahli, atau yg mahal boleh memuatkan berpuluh2 ahli. Pakej yg kami ambil ni adalah pakej 2 hari 1 malam dan boleh memuatkan 40 orang. Bayaran nya lebih kurang rm3200. Campur dengan permit lebih kurang rm680, jumlahnya menjadi rm3880. Ini  berdasarkan pertanyaan saya kepada sahabat suami yg menjadi penganjur trip ni. Tu belum masuk lagi kos makan dan minum serta bbq. Cecah juga rm4k utk trip 2 hari 1 malam ni. Sebab tu berbaloi bila pergi ramai2. Jimat bayaran per kepala. 


Inilah dia houseboat kami. Nama nya Suara Banding :)



Tenang menikmati pemandangan tasik dari tingkat atas rumah bot.

Tentatif kami bermula dengan menaiki rumah bot dari jeti tasik banding. Aktiviti pertama kami adalah makan tengahari di dalam bot, dan kemudian melawat kampung orang asli yg ada byk di sekitar tasik. 



Tak ingat nama kampung ni. Tapi kesemua orang asli yang mendiami sekitar hutan simpan royal belum dan tasik banding ni adalah dari suku kaum Jahai.


Pemandangan bot kami sewaktu berlabuh di tepi perkampungan. Bot ni dibahagi kepada dua tingkat. Tingkat atas menempatkan bilik bilik utk lebih privasi. Tingkat bawah memang ruang untuk pengurusan bot, ruang masak dan untuk bersantai.

Fateh leka bermain kucing.

Tok batin sedang memberi penerangan tentang keadaan kampung dan kehidupan mereka.



Bergambar bersama wanita dan anak2 orang asli kampung ni.

Salah seorang ahli trip kami menghulurkan makanan2 ringan kepada anak2 org asli. Kami digalakkan membawa serba sedikit makanan ringan atau keperluan asas utk penduduk kampung semasa sesi lawatan ni.




Yussuf dan khadijah sibuk bermain alat penghalau binatang liar yg dipasang di kebun belakang perkampungan.

Asalnya mengikut jadual, ada aktiviti bermain sumpit yg boleh dilakukan ketika sesi lawatan ni. Tapi sebab rombongan boathouse kami majoriti adalah kanak2, agak berbahaya untuk aktiviti ni. Jadi aktiviti tersebut dibatalkan. Tak dapatlah kami nak cuba2 menyumpit hahaha



Perjalanan seterusnya diteruskan ke kawasan yang dinamakan ayer putih. Bot di tambat dan parking disitu sepanjang ptg dan malam. Suasana sgt tenang dan ahli trip mengambil peluang melakukan aktiviti bebas. Ada yg mandi manda, memancing, bbq, menaiki speed bot ke kawasan jungle treking. Masa ni takde bunga raflesia yg berkembang. Jadi tak dapatlah kami nak melihat bunga terbesar di dunia tu. Takpelah. Insha Allah ada rezeki lain kali pula.





Selamat pagi :) :)
Suasana pagi yg sgt nyaman dan menyenangkan. Tenang dan santai. 
Si bujang lukhman santai menikmati sarapan pagi nya :)


Si kecil shahida enjoy bermain air.

Masa ni bot bergerak dengan kelajuan yg perlahan, membolehkan kami bermain air di pelantarnya sambil rumah bot ini bergerak menuju ke destinasi seterusnya, sungai ruak.



Santai menikmati pemandangan.


Pemandangan dari belakang boathouse.

Speed boat yg digunakan untuk menolak rumah bot supaya boleh bergerak.


Aktiviti terakhir kami untuk pagi ini adalah pergi ke santuari kelah, sungai ruak. Santuari ni kecil je dan ikan2 belum begitu besar. Sebab projek santuari ni baru dijalankan dalam 3 4 tahun kebelakangan.

Menaiki speed boat utk ke kawasan santuari.


Santuari kelah sg ruak, royal belum.

Perjalanan treking lebih kurang 5 ke 10 minit ke tempat santuari.


Cantik sungguh pemandangan air terjun santuari kelah sg ruak.

Memang tak lepas peluang bermandi manda



Memberi makan ikan kelah


Kesejukan~ 



Selepas aktiviti memberi makan ikan kelah dan mandi manda, kami pulang semula ke boathouse. Dan berkemas utk pulang semula ke jeti tasik banding.

Bergambar dulu di depan pelantar boathouse sebelum mendarat di jeti tasik banding.



Sesungguhnya, saya dan suami sgt suka kepada alam. Nature. Semulajadi. Dan kami sedaya upaya akan cuba mencari ruang dan peluang utk memberi pendedahan kepada anak2 tentang terapi diri bila berdekatan dengan alam. Menenangkan. Mengasyikkan. Suatu peluang untuk sentiasa bersyukur dan menghargai kebesaran tuhan. 

Terima kasih Allah pada setiap rezeki dan peluang pemberianNya. 

























Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2