Skip to main content

Aktiviti Pasca Pt3 2018: Taste of ratio and proportions

Hebat kan nama tajuk aktiviti pasca kami? Hehehe di bawah panitia matematik. Jadi nama pun  kena berciri kan matematik  lah :)

Sebenarnya apa yg kami lakukan hari ini? Memasak cekodok ;) :) :)

Special tau masak cekodok ni. Pelajar2 kena sukat tepung, air, garam dan bahan2 lain dengan tepat dan betul baru lah dapat menghasilkan cucur atau cekodok atau jemput2 yg sedap, lembut dan yummyyy deliciouss :) :)

Apa yg disediakan oleh panitia hanyalah tepung, minyak dan dapur untuk menggoreng. Selebihnya, terpulang kepada para pelajar dan kumpulan masing2 untuk membawa bahan tambahan apa bagi menambah perisa dan menyedapkan cekodok masing2.







Semua pelajar bersemangat mengadun bahan masing2 untuk dijadikan jemput2 atau cekodok yang sedap. 

Juri jemputan, cikgu suria sedang merasa cekodok yang dihasilkan oleh para pelajar.









Pelbagai rupa cekodok dan dekorasi yang menarik di persembahkan oleh para pelajar. Sangat teruja melihat kesungguhan pelajar melakukan aktiviti ini. Masing2 bersemangat untuk menang :)

Kumpulan yang menghasilkan cekodok ini yang mendapat tempat pertama. Cekodok yang dihasilkan lembut, sangat sedap, cukup perisa masin dan lemak, lembut je bila dikunyah di mulut, dan dapat menambat hati juri dengan hiasan dan dekorasi juga :) tahniah budak2 3ut yang dapat menghasilkan cekodok sesedap ini ;)

Bergambar kenangan bersama masakan masing2. 

Walaupun aktiviti ini nampak ringkas, tapi kesungguhan dan kreativiti dari pelajar amat saya hargai. Hebat sangat. Saya bangga dengan kamu semua :) :) :)




Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2