Salah satu kelebihan smk durian mas, adalah berdekatan dengan pelbagai kemudahan asas utama kerana bandar al muktafi billah shah merupakan satu petempatan terancang. Antara kemudahan di sini adalah mempunyai klinik kesihatan, balai polis dan balai bomba. Baru baru ini, sempena program pasca pt3 sek saya, saya telah merancang untuk membawa anak2 murid saya melawat balai bomba ambs untuk mendapatkan sedikit ilmu pengetahuan di luar bilik darjah.
Aktiviti ini sangat menarik perhatian anak2 murid saya kerana balai bomba bukan lah suatu tempat yang boleh dilawati sesuka hati. Ayat saya pada anak2 murid saya, "kamu semua setiap hari lalu lalang di depan balai bomba ini. Tapi tak pernah masuk dan tahu apa yang ada di dalam balai bomba ini kan?" :)
Pssstt cikgu orang johor. Jadi bahasa pun bahasa luar lah hahahahhaha ayat anak murid saya. Bukan lalu lalang cikgu. Tapi gi mari, gi mari. Hihihihi
Aktiviti ini sangat menarik perhatian anak2 murid saya kerana balai bomba bukan lah suatu tempat yang boleh dilawati sesuka hati. Ayat saya pada anak2 murid saya, "kamu semua setiap hari lalu lalang di depan balai bomba ini. Tapi tak pernah masuk dan tahu apa yang ada di dalam balai bomba ini kan?" :)
Pssstt cikgu orang johor. Jadi bahasa pun bahasa luar lah hahahahhaha ayat anak murid saya. Bukan lalu lalang cikgu. Tapi gi mari, gi mari. Hihihihi
Masing2 ceria nak ke balai bomba. Kami berjalan kaki sahaja kerana jarak antara balai bomba dan sekolah kami tidak sampai 1km pun.
Aktiviti kami yang pertama apabila sampai ke balai bomba. Belajar asas kawad kaki ahli bomba. Kebetulan harini adalah hari selasa hari badan beruniform. Maka murid2 saya memang mengenakan pakaian koko unit masing2.
Info utama balai bomba ambs. No telefon balai bomba ambs.
Selepas sesi kawad asas, kami dibenarkan melawat ke dalam kawasan balai dan melihat ruang2 operasi seperti bilik rehat dan bilik kawalan. Suatu sesi taklimat penerangan diberikan kepada kami tentang bagaimana balai bomba beroperasi dari mula menerima panggilan telefon yang melaporkan kemalangan atau kebakaran, sehinggalah kepada proses menyelamat dijalankan. Balai bomba ambs ini mempunyai 30 anggota bomba dan terbahagi kepada 3 kumpulan untuk 3 shift di mana pada satu2 masa atau satu2 shift, hanya ada 10 ahli bomba di dalam balai.
Aktiviti diteruskan dengan melihat jentera bomba dan peralatan yang terdapat pada jentera bomba.
Kenderaan medical rescue yang berfungsi seperti ambulans.
Pengusung boleh laras yang boleh dibuka dari kiri dan kanan untuk mudah diletakkan di bawah mangsa kemalangan.
Abang bomba yang sabar melayan kerenah dan pertanyaan dari anak2 murid durian mas.
Pelbagai alatan yang berat dan menakjubkan yang akan diguna pakai dalam operasi menyelamat mengikut kesesuaian dan keperluan situasi.
Anak2 murid saya tidak melepaskan peluang masing2 untuk masuk ke dalam jentera bomba dan juga berselfie dari atas jentera bomba.
Selepas sesi penerangan dan pengenalan alatan, kami melihat demonstrasi menggunakan pipe hose untuk memadamkan api.
Ada beberapa level tekanan air yang memberikan tembakan air dekat atau jauh. Level yang paling tinggi adalah level 5 dan dapat menembak air yang lebih jauh dan lebih tinggi dari bangunan 3 tingkat. Namun level ini kebiasaannya tidak mampu dikawal oleh seorang ahli bomba. Kena ada 3 atau 4 orang yang mengawal paip hose itu supaya tidak hilang kawalan kerana tekanan yang terlalu tinggi.
Anak2 murid saya memang tak melepaskan peluang memegang dan mencuba menggunakan paip hose dan menembak air. Seronok masing2 main air. habis basah bila air disembur ke arah rakan2 mereka. Saya pun habis basah juga menerima semburan mereka hahahaha
Sentiasa sempat bergambar budak2 ni. Anytime anywhere huhuhu
Bergambar kenangan bersama abang2 bomba ambs.
Bersama salah seorang guru pengiring, cikgu maizatul.
Penyerahan plak tanda kenangan atas kesudian menerima kehadiran kami melawat balai bomba ambs.
Terima kasih banyak2 kepada semua ahli bomba yang terlibat menerima kehadiran kami dan melayan setiap pertanyaan kami. Terutama kepada ketua balai ambs, en Jaswari. Walaupun tak dapat bermain abseiling dan flying fox kerana masalah teknikal, kami tetap sangat gembira dan berpuas hati dengan lawatan ini. Terima kasih daun keladi :) Insha Allah jika ada masa dan kesempatan, lain kali kami boleh buat lawatan lagi.
Comments
Post a Comment