Hulu Paka merupakan kawasan awal di mana punca permulaan air kepada sungai paka. Sungai Paka mempunyai banyak cabang2 sungai awal yang kesemuanya dipanggil Hulu Paka. Salah satu cabang sungainya terletak jauh ke dalam kawasan hutan yang dulu nya merupakan kawasan penempatan asal penduduk durian mas, Terengganu. Itulah sungai yang saya pegi ni. Lokasinya dapat dicapai melalui jalan masuk dari hadapan risda durian mas, bandar al muktafi billah, berdekatan dengan simpang tiga yang dikenali dengan nama Simpang Mek Bulu.
Laluan masuk ke salah satu sungai cabang Hulu Paka
Memasuki kawasan ini, anda akan dihidangkan dengan pemandangan kebun kebun dan tanah2 persendirian milik penduduk durian mas. Dusun durian, dusun rambutan, duku langsat, pisang dan buah2an lain. Lebih kurang 8 km ke dalam, baru lah kawasan kebun bertukar menjadi kawasan laluan tepi hutan.
Meneruskan perjalanan, anda akan temui laluan lori balak, dan ada juga kem kem balak. Ada banyak alur2 sungai yang anda boleh berhenti dan bermain air.
Laluan balak
Laluan sungai yang kami berhenti. Sebenarnya laluan sungai paka ini diberitahu kepada saya oleh anak2 murid saya di durian mas. Oleh kerana kawasan bandar al muktafi billah shah adalah petempatan terancang, kawasan kediaman mereka tidak dibina berhampiran sungai seperti mana petempatan orang2 zaman dahulu. Jadi anak2 murid saya pergi ke sungai2 hulu paka ini untuk aktiviti memancing dan mandi manda kerana kawasan inilah yang paling hampir dengan mereka untuk beriadah dan berkelah.
Kedalaman yang sangat sesuai untuk anak2 saya yang masih kecil bermain air dan bermandi manda di dalam cuaca yang panas terik dan kering. Sejuk sikit rasa tubuh. Nak pergi mandi kolam kena bayar huhu. Nak mandi di laut pun cuaca terik dan tubuh berasa melekit dengan peluh dan air masin. Jadi bila panas sangat, kami ikhtiar juga ke sini untuk hiburkan anak2 :)
Cukuplah kami berkelah di sini pun dah terasa nyaman, sejuk dan segar di bawah pokok2 hutan alam semula jadi. Anak2 murid saya kata, kalau kami sanggup menyusuri mengikuti aliran sungai ini, kami akan berjumpa dengan air terjun dan kawasan yang boleh mandi berenang separas dada.
Ni pun dah cukup happy alhamdulillah. Terima kasih atas info kamu semua, membolehkan isaya dan keluarga sampai juga ke kawasan ni :) :)
ReplyDeleteشركة تنظيف منازل بصفوى
شركة مكافحة النمل الابيض بالقطيف