Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2018

Pt3 wajar dikekalkan?

Tahun 2018 ini, merupakan tahun ke 5 pentaksiran tingkatan 3 atau singkatan nya PT3, dilaksanakan. Sejak pelaksanaan pertama kalinya pada 2014, PT3 mendapat pelbagai reaksi positif dan negatif dari pelbagai pihak. Reaksi itu masih lagi belum dpt reda atau diterima sepenuhnya walaupun selepas menginjak hingga tahun ke 5 pelaksanaannya ini. Ibu bapa rakyat malaysia berdekad dekad lamanya telah terbiasa dengan corak penilaian berbentuk peperiksaan berpusat. Sistem peperiksaan PMR(penilaian menengah rendah) sejak 1993, yg sebelumnya nama SRP(sijil rendah persekolahan) dan yang sebelumnya nama lama nya LCE (lower certificate education). Walau semua nama ini ditukar ganti, namun corak peperiksaan nya memang sudah diterima umum. Semua lapisan masyarakat Malaysia yg dalam lingkungan umur 25 tahun ke atas sgt faham dan jelas tentang apa itu penilaian peperiksaan terutamanya PMR ketika tingkatan 3. Jadi, apabila sekolah pula di minta mengambil alih peperiksaan dengan nama pentaksiran tingkatan

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Kembara amal asnaf sempena ramadhan 2018

Kembara amal asnaf 2018 ni adalah lanjutan dari beberapa siri program amal yg sudah pernah saya ikuti. Program ini dirancang dan di laksana sepenuhnya oleh sahabat bikers suami, secara persendirian. Bukan atas nama kelab2 tertentu atau komuniti dan persatuan tertentu. Kutipan bantuan dan sumbangan dijalankan secara persendirian kepada sesiapa yg berniat bersedekah atau berzakat. Dan acara penyerahan juga dijalankan tanpa sebarang publisiti, dengan jumlah bikers yg biasanya tidak sampai 10 orang. Berkumpul di masjid hadhari paka, sebelum bergerak ke kawasan asnaf yg telah ditetapkan. Mula bertolak sekitar jam 930 pagi.  Melalui jalan santong menuju ke kerteh 5. Tiba di rumah asnaf yg pertama utk projek kembara hari ini. Sumbangan yg diberi kepada asnaf berupa barangan keperluan harian seperti beras, minyak, gula, milo, teh, tepung dan beberapa barangan lagi. Sumbangan ini adalah sempena menyambut ramadhan yg bakal tiba. Sedih.  Keluarga