Skip to main content

Markisa semakin lebat :)

             Dulu saya ada buat satu entry berkaitan pohon markisa saya yang sepokok. Macam-macam teori saya keluarkan kerana pohon itu lambat mengeluarkan hasil. Tapi setelah lebih dua tahun pokok itu ditanam, ia memang telah mengeluarkan hasil yang sangat menggembirakan untuk dimakan oleh seisi keluarga. Malahan markisa nan sepohon itu juga sudah banyak kali dapat disedekahkan kepada jiran sebelah menyebelah.

           Kakak saya juga telah berjaya membuat kek markisa dari buah tanaman suami itu. Tambahan lagi, jiran saya juga telah menanam sepohon markisa di tanahnya, hasil dari biji benih markisa yang saya beri... Alhamdulillah...dari cik mes, dipanjang2 hasilnya hingga ramai yang mendapat manfaat.. Sukaaaaa~~  :)


Bunga markisa saya berwarna putih. Taktau apa nama saintifiknya. Kawan2 pantai timur memanggilnya buah oren. Kawan2 negeri sembilan memanggilnya buah susu. Nama inggerisnya Passion fruit  :)

Bila dah masak, buah markisa saya warnanya kemerah2an. Jiran saya kata ada juga buah ini jenis yang berwarna kuning.. Kalau warna merahnya muda sikit, masih ada rasa masam2 manis. Tapi jika dah merah macam yang atas tu, rasanya dah manis.

Pohon markisa saya yang merimbun menjalar di pagar. Tak buat para pun :)
Ini dah lama tak cantas daunnya. Sebab bila selak ada buah, selak daun ada lagi bunga dan puti buah. Tu yang sayang nak pangkas daun tu. 
Sila abaikan kawasan rumah saya yang semak tuuu~  hihihi


Kalau bunga markisa berkembang, itu tandanya tak jadi buah (Bunga jantan kata mak saya huhu) ... Kalau nak jadi buah, ia akan keluar bunga yang masih kuncup lalu putik markisa akan membesar di celahan bunga, macam gambar diatas tu .

Buah markisa saya walaupun ada yang cantik sempurna masaknya, tapi banyak juga yang ada bintik macam dalam gambar di atas. Kalau sesiapa yang tahu cara merawatnya, boleh beritahu saya ye :)  Saya memang takde membaja atau merawat atau letak ubat (kalau ada pun yang membaja, suami saya yang baja huhu terima kasih abg..)  atau balut buah2 ni.  Tu yang mungkin diserang ulat tu.. Tapi walau luarnya ada tompok, dalamnya tetaaappp sedaaapppp~

Isi dalam markisa. Ada masanya isinya banyak kulitnya nipis. Yang ni kebetulan pulak isinya sikit dan kulit  tebal. Ikut rezeki :)


Inilah kek markisa yang kakak saya Kak Dot buat. Masak guna pemanggang ajaib gituuu~
Resepinya? Belum boleh update. Kalau saya dah buat sendiri kek ni nanti saya kongsikan resepinya yee hehehe


Seronok berbudi dengan tanah ni. Lebih lebih lagi bila dapat merasa hasilnya..







Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2