Beberapa hari ini, minda dan jiwa saya sangat-sangat kacau. Saya pun kurang pasti kenapa. Saya merasa sangat-sangat merindukan abah. Terkenang segala kebaikannya, senyumannya, dan sangat ingin bersalam dan menatap wajahnya. Memberikan sedeqah Al-fatihah juga belum dapat meredakan ketegangan rindu kali ini. Abah..
Abah saya seorang bekas pesara guru agama. Sejak kecil lagi, saya sering didendangkan dengan irama-irama zikir dan bacaan merdu al-quran dari abah. Saya belajar mengenal huruf alif, ba, ta, surah-surah dalam muqaddam..seterusnya boleh membaca quran sebelum darjah satu, adalah kerana bimbingan abah. Sehingga tamat khatam al-qur'an..kerana bimbingan abah.
Terkenang saya kepada suatu peristiwa ketika di dalam darjah dua sekolah agama, ustazah yang mengimamkan solat asar kami disurau, berpaling kepada saya dan rakan-rakan sekelas lalu bertanya, " Siapa diantara kamu yang boleh membacakan doa ringkas untuk kita semua selepas solat?".
Kami semua diam.
Ustazah menoleh kepada saya. "Hawa, boleh tolong bacakan doa lepas solat untuk kawan-kawan semua amin kan?"
Saya hanya menggeleng kepala. Malu. Saya selalu dengar abah baca doa lepas solat ketika mengimamkan saya dan emak, tapi saya tidak pernah benar2 menghafalnya. Jadi saya tidak berani(hakikatnya saya seorang yang sangat pemalu!)
Ustazah kata lagi. "Hawa, baca saja apa2 doa yang kamu tahu. Kami semua akan aminkan. Salah pun tak pe. Kan kita semua belajar?", lembut suara ustazah saya memujuk.
Saya geleng lagi. Beberapa kali pujuk-geleng-pujuk-geleng berlaku. Akhirnya ustazah saya mengalah. Dia membacakan doa ringkas yang memang serupa dengan doa yang abah saya selalu baca, jika tidak punya banyak masa untuk berlama-lama di tikar sejadah oleh sebab ada urusan lain.
Pulang ke rumah, saya beritahu abah cerita ini. Abah, dengan segera menyuruh saya menghafalnya supaya lain kali, jika peristiwa ini berlaku lagi, saya dah boleh berkeyakinan untuk membacakan doa ini kepada rakan-rakan. Sambil mengemas almari bukunya, abah membimbing saya membaca doa tersebut. Satu persatu ayat itu abah ulang dan ulang dan ulang hingga saya benar-benar boleh menghafalnya. Dengan penuh tulus dan sabar abah membimbing saya menghafalnya. Abah terjemahkan maksudnya. Abah tersenyum lebar dan gembira bila saya berjaya menghafalnya dari awal hingga habis. Sayunya hati mengenang memori ini :'(

Sejak pandai membaca doa ini, inilah doa yang saya baca sesudah selesai solat, hingga sekarang. Ilmu menyampaikan doa ini adalah dari abah, moga pahala ilmu yang baik ini berterusan sampai kepada abah di alam sana.
Kini, apabila saya pula mempunyai keluarga sendiri, kesibukan bekerja dan menguruskan hal keluarga menyebabkan saya 'melepaskan' tanggungjawab membimbing anak-anak kepada guru-gurunya di sekolah. Jarang-jarang sekali rumah saya ini dapat didendangkan dengan zikir dan ayat qur'an bacaan sendiri untuk halwa telinga anak-anak, seperti mana yang sering abah saya lakukan di sepanjang saya membesar. Ada tak ada hanyalah sogokan zikir dan bacaan quran dari cd atau laptop atau astro oasis. Anak-anak pula telah dikontrakkan mengaji dengan ustazahnya, tiada lagi bimbingan perlahan dan penuh kasih sayang sepertimana yang abah saya lakukan kepada saya. Ya Alllah....agaknya disini lah punca kesedihan saya. Tidak dapat menerapkan nilai-nilai keindahan al-qur'an di dalam keluarga sendiri seperti yang di terapkan oleh abah.
Melepaskan tanggungjawab pada orang lain, menyebabkan saya terlepas pandang anak sendiri. Tak tahu pun perkembangan anak sendiri sudah di tahap apa. Anak sulung dah darjah dua, tapi belum dapat menginjak ke qur'an lagi. Maafkan awa abah...Moga awa lebih beringat dan berubah dalam membimbing anak-anak. Moga awa dapat menjalankan tanggungjawab dengan lebih baik selepas ini, insyaAllah. Moga cucu-cucu abah boleh menjadi pewaris menyambung generasi al-qur'an dan menjadikan al-qur'an sebagai pegangan hidupnya. Amin.
Gambar Petikan doa di kongsikan dari dalam blog http://ennyer.blogspot.com/
Comments
Post a Comment