Skip to main content

keputusan pmr jelai 2011

Alhamdulillah, selesai sudah debaran menunggu keputusan pmr 2011. Walaupun sedikit jatuh tahun ini, berbanding tahun sebelumnya, tapi dari segi kualiti A masih dpt dipertahankan walaupun masih belum mencapai sasaran. Tahniah kepada dua calon yang berjaya mendapat straight A's. Berkat usaha tanpa berputus asa hingga menghasilkan kejayaan. Saya agak terharu dengan ayat salah seorang daripadanya, "Terima kasih banyak-banyak cikgu, saya tidak sangka dapat A matematik, masa trial saya dapat C". Walaupun seorang guru tidak langsung meminta apa2, namun ucapan terima kasih dengan pelukan ini cukup membahagiakan dan rasa dihargai.


senyum manis daripada pelajar 8A bergambar dengan pengetua


debaran pelajar yang hendak mengambil slip keputusan


Teringat saya tentang suatu petikan yang saya baca di dalam sebuah buku berkaitan guru cemerlang(lupa tajuknya) , petikan itu lebih kurang begini, "Guru jangan mengharap ucapan terima kasih daripada pelajarnya, sebaliknya gurulah yang perlu berterima kasih kepada pelajarnya kerana tanpa persoalan daripada mereka, maka guru tentu tidak berusaha meningkatkan ilmu pengajarannya."




Comments