Skip to main content

buat apa nak belajar matematik tambahan?


Remaja sering dikaitkan dengan ungkapan, “sedang mencari identiti hidup”. Tidak tahu apa mereka nak jadi pada masa akan datang. Tidak pasti ke mana hala tuju mereka selepas tamat sekolah. 

Sistem pendidikan kita telah menyediakan silabus mengikut perkembangan murid2. Masa zaman sekolah rendah, kebanyakan cita2 murid2 ialah menjadi guru, polis, doctor  atau askar. Kenapa ? sebab itu yang mereka lihat dan didedahkan dalam ruang lingkup persekitaran mereka. Menjejak ke sekolah menengah, berkembang sikit, mungkin tambah cita2 nak jadi pensyarah, pakar kaji botani lah, angkasawan lah,  sebab itu juga yang mereka didedahkan(lebih sikit dari masa zaman kanak2).  Tapi realitinya, ada berjuta2 nama jawatan dan pekerjaan dan bidang yang mereka akan temui, selepas mereka melangkau ke dunia pekerjaan nanti. Bermacam2 nama kursus yang ditawarkan di peringkat universiti atau kolej atau mana2 institut pengajian tinggi. Untuk itu, tugas seorang guru di peringkat menengah adalah memperkenalkan bakal2 pelapis generasi depan ini, dengan bermacam2 ilmu mengikut kesesuaian dunia pekerjaan pilihan mereka, kelak.


Kenapa saya perlu belajar addmath? Kerana hendak membiasakan murid2 dengan bahagian cabang pekerjaan yang bertunjangkan semua(atau sebahagian) dari tajuk yang ada di dalam addmath. Di peringkat universiti, akan ada nama2 lain untuk subjek matematik, asas matematik, kalkulus, aljabar, mekanik, statistik, engineering mathematics, tanpa disedari semua ini berteraskan dari mana2  21 topik addmath yang kita pelajari ketika sekolah menengah. Sebagai orang dewasa, penggubal subjek tidak pasti yang mana arah yang akan dilalui oleh seseorang pelajar selepas spm mereka. Bahagian kedoktoran kah? Bahagian jurutera kah?  Menghala ke perakaunan kah? Terlalu banyak cabang yang boleh dan mungkin dilalui oleh seorang lepasan subjek matematik tambahan. Hal ini pasti, kerana pelajar yang mengambil subjek matematik tambahan tentu adalah pelajar yang lebih berketrampilan di dalam pelajaran kerana mereka adalah pelajar yang juga mengambil subjek2 sukar lain seperti fizik atau kimia atau biologi atau perakaunan.


Anda akan pelajari subjek matematik lagi mengikut kursus pilihan anda ketika di universiti, tetapi  diandaikan sudah tidak sukar untuk mempelajarinya kerana telah ada pendedahan sejak di sekolah lagi menerusi subjek addmath. Inilah harapan yang cuba disampaikan melalui matapelajaran matematik tambahan. Anda sendiri belum pasti kemana hala tuju anda bukan?


Comments

  1. terima kasih atas penerangan ini..

    ReplyDelete
  2. kalau saya ade subjek matematik tambahan, ict dan seni visual dalam spm.. sya boleh memilih pekerjaan apa ya?

    ReplyDelete

Post a Comment