Saya menemui artikel yang menarik hati saya untuk berkongsi dalam blog ini. Artikel ini ditulis oleh Naib Cancelor UTM, Dr Zaini Ujang. Antara ayatnya yang ingin saya kongsikan,
Sebut sahaja matematik, ia tidak lari dari nombor. Berkait rapat dengan nombor, mengira.Hakikat bahawa matematik adalah asas kepada banyak cabang ilmu memang tidak dapat dinafikan. Matematik memang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, Kalau seorang murid dengan secara mudah menyatakan, "saya tidak minat matematik. Matematik susah. Matematik membosankan." Tanyakan saja padanya " Kau tidak suka duit? Kau mengira duit dengan apa? bukankah dengan nombor? Kau pergi sekolah pukul berapa? Kau tentukan jam berapa menggunakan apa? Bukankah jam ada nombor? Mak kau suruh pergi kedai beli apa? gula berapa kilo? Beras berapa kilo? " .....dan banyak lagi soalan boleh ditanya yang mengaitkan kita dengan kehidupan seharian, sejak dari celik mata, hingga tidur malam hari.
Anak2 didik yang disayangi, saya harap anda jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman matematik itu susah. Melontarkan kata tak pandai kira2. Dalam apa jua perkara sekalipun, kita perlu berusaha jika hendak berjaya. Resepi matematik adalah memahami situasi topik, dan membuat latih tubi berterusan. Manakala rahsia kejayaan adalah, sanggup bekerja keras.
"Keindahan matematik hanya boleh difahami mereka yang mencintai ilmu, menghayati resam kesarjanaan yang tinggi dan utuh. Itu sebabnya hampir semua tokoh ilmu sebelum bermula Revolusi Industri di Eropah adalah pakar dalam sesuatu bidang yang juga mempunyai pengetahuan matematik yang mendalam.
Dalam tradisi keilmuan Barat, Leonardo da Vinci, misalnya pakar matematik, sekali gus ahli falsafah dan pelukis ternama. Begitu juga dalam tradisi Islam menerusi Ibn Sina dan Alkhawarizmi. Hakikatnya matematik adalah asas ilmu untuk membolehkan kita berfikir secara logik, teratur dan bersistem."
Sebut sahaja matematik, ia tidak lari dari nombor. Berkait rapat dengan nombor, mengira.Hakikat bahawa matematik adalah asas kepada banyak cabang ilmu memang tidak dapat dinafikan. Matematik memang digunakan secara meluas dalam kehidupan seharian, Kalau seorang murid dengan secara mudah menyatakan, "saya tidak minat matematik. Matematik susah. Matematik membosankan." Tanyakan saja padanya " Kau tidak suka duit? Kau mengira duit dengan apa? bukankah dengan nombor? Kau pergi sekolah pukul berapa? Kau tentukan jam berapa menggunakan apa? Bukankah jam ada nombor? Mak kau suruh pergi kedai beli apa? gula berapa kilo? Beras berapa kilo? " .....dan banyak lagi soalan boleh ditanya yang mengaitkan kita dengan kehidupan seharian, sejak dari celik mata, hingga tidur malam hari.
Anak2 didik yang disayangi, saya harap anda jangan terlalu mudah menjatuhkan hukuman matematik itu susah. Melontarkan kata tak pandai kira2. Dalam apa jua perkara sekalipun, kita perlu berusaha jika hendak berjaya. Resepi matematik adalah memahami situasi topik, dan membuat latih tubi berterusan. Manakala rahsia kejayaan adalah, sanggup bekerja keras.
Untuk membaca secara penuh artikel tersebut, boleh klik link dibawah:
Comments
Post a Comment