Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2011

seremban-pilah

Hari ini aku kesekolah, ada sedikit tugasan spm. bawak anak2 sekali. Mereka suka pegi sekolah aku. Luas, seronok berlari ke sana sini. Tapi bukan tu yg aku nak citer dlm entry ni. Aku nak cerita pemandangan hari ini. keluar dari rumah sebelum kul 7 pagi dan hantar baby ke taska. Perjalanan masih rembang2 subuh. Kabus agak tebal waktu melalui highway bukit putus, dan cuaca agak sejuk( Pegi sekolah, biasanya memang aku guna udara luar sebab menghala kampung, udara lebih segar)Tak banyak yg dilihat kecuali sawah padi yang menghijau dengan cahaya keemasan, cantik disinari matahari pagi ketika sampai di seri menanti. Ditahan sejenak,oleh segerombolan lembu2yang sedang melintas jalan mencari makan. Balik dari sekolah, bergerak sekitar pukul 10 pagi(sekejap je kat sekolah). Perjalanan balik sangat menarik bagi aku. Selama ni memang biasa dah dengan pemandangan ni cuma tak begitu meneliti disebabkan selalunya balik sekolah dah petang, tak sempat nak teliti kiri kanan, berdesup terus ingat nak

Saya ada masalah dengan Permutations.....Combinations

Ini adalah topik dalam addmath yg paling sukar bagi saya untuk diajar kepada anak2 murid. Entah kenapa.dari sejak zaman pelajar hingga dah jadi pengajar ni, topik nilah yang paling 'problem' sekali. Sangat ngeri bila nak sampai jek kat topik 6 form 5. Tapi tetap terpaksa ajar juga nak tak nak. Memang selalunya, mengaku kelemahan sendiri, dan minta maaf dgn kekurangan sendiri. Alhamdulillah, setakat ni anak2 murid nampaknya memahami 'kelemahan' cikgu mereka ni. Tapi, untuk tidak berterusan memalukan diri sendiri setiap tahun(sebenarnya ni baru tahun ke 2 ajar form 5), maka saya bertekad, lepas ni tak boleh tunjuk lemah lagi bila sampai bab ni. Kena study macamana nak mudahkan, dan fahamkan pelajar tentang topik ni. Terlebih dulu, cikgunya kena tahu beza antara permutations dan combinations. Saya telah menemui satu laman web yg 'explain' dengan mudah tentang dua perkara ni. Thanks. Mudah-mudahan permutations dan combinations tidak lagi menjadi fobia bagi say

Bagaimana untuk belajar matematik

1. Baca apa yang akan diajar oleh guru anda sebelum sesi kelas bermula . Baca dengan perlahan dan teliti. membaca matematik bukan seperti membaca novel atau sejarah. membaca dengan laju juga tidak diperlukan. Setiap perkataan dan simbol ada maksud yang tertentu. Jangan tinggal bahagian simbol-simbol. Ini biasanya adalah maklumat yang penting. Baca dengan pensil di tangan. 2. Bila sesi kelas bermula, setiap kali guru selesai menjawab masalah, cuba ulang dengan melakukannya sendiri . Lakukannya samada sebelum atau selepas jawapan di beri. Ini untuk memastikan anda tahu langkah kerja yang ditunjukkan, dan paling penting apa yang tidak ditunjukkan. Jika ada yang anda tidak tahu, cuba bina soalan mengenainya. Jika anda dapat menentukan soalan khusus tentangnya, pasti anda sendiri akan dapat menjawabnya. Jika tidak, bertanyalah kepada pengajar anda sehingga beliau berjaya menguraikan ketidakfahaman anda itu. 3. Fahamkan konsep nya. Jangan terlalu gembira hanya dengan mengetahui cara

simple tips for my students

Antara tips-tips  untuk berjaya menjawab dengan cemerlang kertas matematik tambahan anda: 1) Telah membuat banyak latih tubi dengan bersungguh-sungguh 2) Bertenang ketika di dalam dewan peperiksaan 3) Baca soalan dengan teliti, jangan gopoh,fahami apakah kehendak soalan, berfikir dan ingati balik soalan tersebut dalam bab apa. Ini untuk memudahkan anda merancang formula apa nak guna, tengok juga soalan keberapakah ia berada. Contoh paling mudah :          Soalan no 3, kertas 1. tapi ada perkataan 'tangent' didalamnya. Pelajar akan keliru bahawa bila tangent, ini ialah dy/dx. Tapi tidak sebenarnya. Kerana ia no 3, sebenarnya ia bab awal.Jadi ia terletak pada topik quadratic equation.Persamaan menyentuh satu titik. 4) Jawab soalan yang anda tahu dahulu. Selak satu persatu, jawab, sehingga muka surat akhir soalan. Memang lumrah jika pelajar 'stuck' ketika sedang menjawab. Ini bukan bermakna anda tak tahu, tapi idea itu mmg tiba2 lost.Tarik nafas panjang, bertenang,

Salam Aidil adha

Selamat menyambut aidiladha buat semua. Untuk pelajar-pelajar tingkatan 5, semoga urusan study anda untuk spm tetap berterusan walaupun di hari perayaan. Tinggal 2 minggu lagi sebelum exam. Sekolahku cuti sehingga selasa. Yahoo :) seronok cuti 5 hari. Masa Deepavali haritu cuti 9 hari. Cuti memanglah gembiranya tapi banyak kerja yang tergendala. Dihujung-hujung nak cuti sekolah ni banyak  kerja yang perlu dibereskan. Paling penting tanda paper exam final untuk tingkatan 4 jangan dilupa hehe. Dateline dah dekat ni. dalam kalut nak tanda paper, budak form 5 nak disedia, dapat pulak panggilan kursus 2 hari, tanggungjawab hari Q, arghhh!!... Apapun, kita raya haji dulu..