Skip to main content

Memasak Bubur Asyura di sekolah

Bulan Muharam. Bulan baru ibarat Januari bagi umat islam. Permulaan pengiraan tahun hijrah dalam kalendar islam dimulakan sejak pemerintahan saidina umar al khattab. Bulan muharam terpilih sebagai bulan yang pertama dalam kalendar kerana menyambut selesainya musim haji.

Di dalam bulan muharam ada satu hari yang istimewa iaitu hari asyura.

di ambil dari website 
http://www.islamituindah.com.my/2016/10/hukum-yang-disebutkan-oleh-para-fuqaha.html

       Selain daripada berpuasa, antara tradisi kita ketika tiba nya bulan muharam ialah dengan memasak bubur asyura. ia bukan lah aktiviti wajib, cuma sebagai salah satu aktiviti untuk merapatkan silaturrahim dan meraikan kemeriahan peristiwa hari asyura.

     Sempena bulan muharam dan hari asyura 1439 hijrah tahun ini, sekolah saya mengambil inisiatif untuk mengadakan pertandingan memasak bubur asyura pada 3 Oktober lalu, anjuran badan bina insan sekolah. Pertandingan ini memberikan rasa teruja kepada saya kerana pertama kali akan menyaksikan bubur asyura terengganu di masak. Maklumlah, saya kan orang Johor. Bubur asyura Johor , lembut menyerupai bubur lambuk manakala bubur asyura Terengganu pula berwarna gelap dan agak pekat boleh dibentuk seperti kek. Kawan-kawan dan anak murid memanggilnya 'bubur sura'. 

     Pertandingan ini disertai oleh 8 badan beruniform iaitu Pengakap, Kadet remaja Sekolah, Kadet Polis, Persatuan Bulan Sabit Merah, Persatuan silat, Kadet Bomba, Pandu Puteri dan Puteri islam. bahan-bahan utama seperti beras, santan dan rempah disediakan oleh pihak Bina Insan. Setiap badan beruniform juga dibekalkan alatan asas seperti kuali, dapur dan gas. Selebihnya bahan-bahan tambahan dan alatan lain adalah bergantung kepada kreativiti badan beruniform masing-masing.
     
       Saya dapat menjadi guru penasihat pengakap semula :) :) happy :) 


       Oleh kerana aktiviti memasak ini mengambil masa yang lama dari permulaan proses persediaan dan memasak sehingga menjadi bubur yang sesuai untuk diagihkan (sekitar jam 8 pagi hingga 1 tengahari) , maka pelbagai aktiviti lain juga diatur bagi memastikan perjalanan sekolah berjalan lancar tanpa ada aktiviti ambil kesempatan melepak oleh para pelajar :) 

       Maka, keseluruhan sekolah berpecah kepada beberapa bahagian. Tingkatan 1, 2 dan 4 berada di anjung ilmu untuk slot ceramah maal hijrah dan slot bersama kaunselor. Tingkatan 3 berada di kelas untuk meneruskan kelas pdp pt3 jadual anjal. Tingkatan 5 berada di dewan besar Durian Mas untuk ujian pengesanan pendidikan islam spm, manakala Tingkatan 6 juga di kelas untuk pdp stpm. Untuk aktiviti memasak, sekitar 15 pelajar sahaja yang dipilih bagi setiap badan uniform (pelajar tingkatan 1,2 dan 4) terlibat dalam acara memasak bubur. 


Anak- anak pengakap perempuan sedang menyediakan bahan tambahan. Menyiang bawang dan ubi keledek (orang ganu panggil ubi steller) , menyiat daging yang sudah direbus.


Anak- anak bujang pengakap sedang menyiat ayam untuk bahan tambahan dalam bubur.



 Mengacau beras yang sudah di kisar sederhana hancur supaya beras dapat menjadi bubur dengan lebih cepat.

Ketika acara memasak, pelajar-pelajar lain berada di dewan terbuka mendengarkan ceramah maal hijrah yang di sampaikan oleh Ustaz Zawadi.



Persatuan Bulan Sabit Merah

Kadet Bomba

Puteri Islam

Pandu Puteri

Kadet Remaja Sekolah

Kadet Polis

Bergambar di tepi kawah Puteri Islam



Guru Penasihat Kadet Bomba bersama-sama berganding bahu menyiang bahan-bahan untuk bubur asyura kumpulan mereka.



Slot kedua selepas ceramah oleh ustaz Zawadi di isi pula oleh slot Kaunselor sekolah. Aktiviti menjawab teka silangkata, permainan cari kata dan mewarna.

Kaunselor sekolah, cikgu Ismeehan tersenyum manis. Kawalan pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 untuk slot bersama kaunselor terletak di bahu beliau. Hebat!

Kami guru-guru penasihat pengakap :)

Cikgu Suria dan cikgu Ros Emilia guru penasihat Pandu Puteri.




Ketika sesi memasak sedang berjalan rancak, saya kemudian ke kelas untuk jadual anjal pt3 bersama pelajar tingkatan 3. Walaupun sekolah menjalankan program memasak bubur asyura, sesi PdP masih berjalan untuk pelajar Tingkatan 3 dan Tingkatan 6. 

Pelajar - pelajar Tingkatan 5 berada di dewan sekolah kerana menduduki ujian penilaian kecekapan pendidikan islam kertas 1 dan 2 .

           

          Suasana mengacau bubur sura menjadi semakin rancak bila warna bubur masing-masing telah bertukar kepada warna coklat kerana rempah dan kacang merah. guru-guru penasihat sama-sama turut mengacau bubur pasukan masing-masing kerana pelajar dah penat hahahaha







         Ketika saya habis kelas dengan pelajar Tingkatan 3, sesi memasak sudah selesai. Fuhhh memang lama tempoh memasak bubur sura ni. Dari jam 8 pagi hingga lah ke jam 12 tengahari. Pertandingan menghias bubur dan mempersembahkan secara kreatif bubur pasukan masing-masing dilaksanakan pada pukul 1 tengahari. 

Bubur Sura persembahan pasukan kami Pengakap.

Persembahan dari Kadet Bomba & Penyelamat Sekolah

Persembahan dari PBSM


Persembahan Kadet Polis




Persembahan Puteri Islam

Persembahan Pandu Puteri

Persembahan Pasukan Silat


Persembahan Kadet Remaja Sekolah


Sesi agihan bubur sura kepada semua warga sekolah Durian Mas.



         Tempat Pertama dimenangi oleh Puteri Islam, kedua oleh Pandu Puteri dan Ketiga dimenangi oleh Kadet Polis. Walaupun pasukan kami pengakap tidak memenangi hadiah untuk pertandingan mengacau bubur sura ini, saya tetap merasa gembira  kerana dapat menambah pengalaman melihat budaya dan tradisi masyarakat Terengganu. Sesungguhnya program-program seperti ini mengeratkan silaturrahim antara rakan-rakan guru dan juga menambah ilmu luar bilik darjah kepada anak-anak murid. Jika ada kesempatan lain pasti saya akan cuba melibatkan diri sekali lagi, insha Allah :)






















Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2