Skip to main content

Mat Dang di hari Alam Sekitar Negara di Kemasik

Hari Alam Sekitar Negara. Disambut di seluruh negara pada tarikh 21 Oktober.

Saya dan anak-anak menemani suami ke Kemasik, Kemaman untuk sambutan Hari Alam Sekitar Negara peringkat negeri Terengganu. Suami terlibat sebagai salah seorang ajk pelaksana di sana.

Ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan. Senam robik, pertandingan mewarna, pertandingan mencanting batik, pertandingan memanah dan macam-macam lagi. Ada gerai jualan juga. Saya duduk setempat je di depan tempat pertandingan mencanting batik sebab anak-anak saya bermain rumah lantun. jadi takde ambil banyak gambar. Maklumlah mengelek baby shahida. Jadi pergerakan agak terbatas.


Mula excited keluarkan kamera bila nampak kelibat Mat Dang yang lalu di depan saya hahahaha... 

          



Excited lukhman dapat hadiah baju yang ditandatangani oleh Mat Dang. Itu kerana menjawab kuiz spontan yang diberi oleh penganjur :) Soalannya ialah Siapa nama penuh Mat Dang.

Yussuf pun tak ketinggalan mengambil peluang juga utk berselfie tapi dia kata susah nak ambil gambar sebab berebut-rebut dengan makcik-makcik lain hihihihi.. maklumlah orang popular. Semua mahu bergambar dengan Mat Dang.



       Kami tidak dapat menunggu sehingga majlis selesai kerana hujan sudah mula turun. Anak-anak yg masih kecil menjadi rimas bila hujan turun. Walaupun sekejap saje kami di sini, tapi program-program dan aktiviti yang menarik perhatian menyebabkan kedatangan yang sekejap ini terasa berbaloi dan menyeronokkan.

        Yussuf kata, "Nasib baik ikut ibu dan ayah ke sini tadi. Memang seronok dan rugi kalau tak ikut tadi. Tak dapat selfie dengan Mat Dang"

:)  :)










 

Comments

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2