Ini entry ke tiga, Jika ingin baca entry kedua laluan Narathiwat, boleh baca di sini. Atau jika ingin baca entry ketika di golok hari pertama, boleh baca di sini.
Kami tiba di Pattani dah senja. Terus menuju ke hotel yang telah ditempah oleh suami iaitu C.S Pattani Hotel. Hotel ini merupakan hotel yang mendapat kedudukan pertama di antara hotel-hotel di Pattani. Hotel ini mempunyai kolam, salah satu syarat wajib untuk anak-anak kami huhuhu
Kami tiba di Pattani dah senja. Terus menuju ke hotel yang telah ditempah oleh suami iaitu C.S Pattani Hotel. Hotel ini merupakan hotel yang mendapat kedudukan pertama di antara hotel-hotel di Pattani. Hotel ini mempunyai kolam, salah satu syarat wajib untuk anak-anak kami huhuhu
Nasi kerabu yang sangat istimewa. Sedaappppp~~ Antara menu sarapan pagi yang unik di hotel ini. Sebenarnya first time jumpa nasi kerabu sebagai menu pagi hotel.
Excited saya bila nampak ni. waahhh Sata!! tapi suami kata bukan. Itu pulut panggang sebenarnya tapi di bungkus seperti sata hihihihi lain padang lain belalang. jauh perjalanan luas pandangan hehe
Suasana pemandangan kolam di C.S Pattani Hotel
Anak-anak mandi kolam dengan gembiranya. Dua jam saja masa yang kami berikan untuk mereka mandi. Itupun katanya tak cukup lagi. Hmm jauh lagi perjalanan kami ni.
Bergambar kenangan di lobi hotel ketika urusan check out
Depan C.S Pattani Hotel
Meneruskan perjalanan kami, kami bergerak menuju ke tepi sungai pattani, di jalan Narintharat. Lokasi tepi sungai ini merupakan lokasi kepada Floating bazaar (Bazar terapung) yang baru saja dilancarkan di Pattani pada April 2015.
Di sinilah terletaknya bazaar terapung Pattani. Kami tidak dapat menyaksikan perjalanan bazaar ini kerana kami berada di sini pada hari khamis, sedangkan bazaar beroperasi setiap Jumaat dan Sabtu pertama setiap bulan. Sebulan dua hari saja.
Terdapat lebih 20 alat mainan riadah berada di seberang sungai bertentangan dengan bazaar terapung ini. Seronok anak-anak saya mencuba satu persatu alat-alat senaman tersebut.
Waktu sudah semakin menginjak tengahari Kami menuju ke sebuah masjid bersejarah yang terdapat di Pattani, iaitu masjid Krue Se. Masjid ini telah dibina pada tahun 1583, tapi tidak pernah berjaya disiapkan sepenuhnya kerana perselisihan faham antara adik beradik oleh Sultan yang memerintah Pattani pada ketika itu.
Masjid Krue Se ini, menjadi antara masjid bersejarah di Pattani selepas peristiwa berdarah yang mengorbankan 32 orang umat islam yang sedang berlindung di dalam masjid ini. Peristiwa ini berlaku pada 28 April 2004. Secara ringkasnya, ketika kejadian, pihak tentera mendapat maklumat bahawa di masjid tersebut terdapat pihak pemberontak yang merancang untuk memperjuangkan wilayah Pattani agar dapat keluar dari Thailand dan memerintah sendiri. Maka berdasarkan maklumat tersebut, 32 orang umat islam yang sedang melakukan qiamullail di masjid tersebut telah dikepung oleh 100 orang anggota tentera anti pengganas yang kemudiannya melepaskan tembakan bertubi-tubi selama hampir 7 jam tanpa henti. Serangan yang menyedihkan ini telah mencetuskan permasalahan dan tanda tanya di peringkat antarabangsa, kerana tiada sebarang senjata di temui di dalam masjid selepas kejadian.
Dari Masjid Kre Sue Pattani, kami meneruskan perjalanan ke Songkhla. Songkhla, atau dalam bahasa melayu di sebut Singgora, merupakan sebuah negeri yang terletak di pesisiran pantai. Cantik. Damai. Tenang.
Samila Beach, Songkhla.
Tentera Thailand melakukan kawad kaki di sekitar pesisir pantai.
Membeli aiskrim kelapa.
Menikmati aiskrim kelapa di tepi pantai.
Sangat sedap !!
Tugu membaca di pantai Samila. Berhadapan dengan Universiti Songkhla.
Pantai Samila ini memanjang membentuk suatu tanjung. Pantai ini mempunyai lagendanya sendiri. Dikatakan seekor ikan duyung pernah terdampar di pantainya. Kerana itu, ikan duyung dijadikan tugu di Samila Beach ini.
Tugu ikan duyung.
Merenung kejauhan yang mendamaikan.
kedai-kedai di tepi jalan yang menjual banyak perabot jati. Kalau tak fikir pergi dengan kereta dan tak muat ni, memang pasti saya akan memborong sekurang2nya satu barangan. Tapi suami dah beri amaran, Kereta tak muat! hahahahahah
Songkhla mempunyai tasik yang sangat besar, yang memisahkan kawasan Utara dan kawasan Selatan. Kami berpeluang merentasi tasik ini dengan menggunakan ferri yang boleh memuatkan kereta dan motor yang ingin menyeberang.
Beratur menunggu giliran untuk menaiki feri
Anak-anak berjalan di dalam feri.
Lukhman posing baiiikk punya hehe
Menyeberangi tasik Songkhla ini, kami kemudian meneruskan perjalanan menuju ke Hatyai. Cerita Hatyai dalam entry seterusnya pula. Jumpa lagi!
Sambungan cerita hari ke empat kami di hatyai. Anda boleh baca di Sini
Comments
Post a Comment