Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Santai di Ulu Bendul

Noi asyik menyebut nak mandi kolam, nak mandi kolam, nak mandi kolam..sampai rasa rimas telinga mendengarnya. Rasanya dah seminggu mengemas2 baju renangnya dan membelek2 pelampungnya...Aduhai anak.. anak.. Maka, untuk menunaikan hajatnya, kami pun sepakat ke Ulu Bendul, air terjun yang berhampiran dengan kami di Seremban. Lokasi Ulu Bendul ni memang dalam 15 minit saja dari rumah. Hutan Lipur Ulu Bendul ini terletak dalam laluan saya menuju ke sekolah setiap hari. Air terjun Ulu Bendul merupakan air yang mengalir dari atas Gunung Angsi yang saya daki tidak lama dahulu (anda boleh baca entry nya di sini ). Kawasan untuk perkelahan di Ulu bendul ini ada dua bahagian. Bahagian yang mengekalkan keaslian jeramnya, batu-batu dan curahan air jeram. Satu bahagian lagi yang telah diubahsuai hingga mempunyai kemudahan-kemudahan seperti kolam khas untuk kanak-kanak, budak-budak besar, dan dewasa, lengkap dengan gelongsor air. Satu yang menarik, walaupun dilengkapi banyak kemudahan, lokasi ini

Bercuti di Hotel Pantai Puteri Melaka

Hujung minggu yang lalu, kami ingin menghiburkan anak-anak dengan 'tidur hotel + mandi kolam + mandi laut'. Aktiviti 3 dalam 1 ni adalah aktiviti melepaskan tekanan seperti yang selalu kami lakukan. Destinasi kami kali ni adalah Melaka. Mulanya, rancangan hanyalah ke Tanjung Bidara Beach Resort, tapi kerana lambat membuat tempahan ditambah dengan cuti umum, resort tersebut telah penuh ditempah.      Maka, pencarian diteruskan melalui pakcik google hinggalah suami menemukan Hotel Pantai Puteri . Hotel ini merupakan hotel wakaf yang pertama seumpamanya di Malaysia. Terletak di hadapan Pantai Puteri (dulu dikenali sebagai pantai kundur), hotel ini boleh ditemukan jika anda melalui jalan Tanjung Keling-Alor Gajah. Hotel ini adalah kerjasama diantara Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan syarikat JAWHAR. Jenis-jenis bilik yang ditawarkan di Hotel Pantai Puteri Bilik yang menjadi pilihan kami dengan harga yang berpatutan ialah Superior Twin Room Yussuf sedang

lampu hijau pun rezeki (Mudahnya menjemput rezeki)

Pagi ini, saya terlambat 10 minit dari suatu pertemuan yang dijanjikan. Ada alasan yg munasabah untuk kelewatan ini. Maka, apabila hendak memulakan pemanduan, membaca selawat 3 kali, dan berdoa untuk memulakan perjalanan, kali ini ditambah dengan doa 'robbi yassir wala tuassir' (Ya Allah permudahkanlah jangan disusahkan). Perjalanan yg saya lalui memerlukan saya menempuh 9 lampu isyarat sblm sampai ke tempat yang dijanjikan. Tapi berkat izin dan rezeki dari Allah, kesemua sembilan2 lampu isyarat itu menyala hijau apabila saya menghampirinya. Tak perlu berhenti. Perjalanan dimudahkan oleh Allah. Alhamdulillah. Lewat 10 minit tidak terjadi kerana dapat sampai ke tempat yang dituju tepat pada masa yang dijanjikan. Semua yang berlaku juga adalah kerana kemurahan Allah mengurniakan rezeki lampu hijau kepada saya. Kerana lampu hijau, hati saya menjadi tenang, pemanduan saya lebih lancar dan dapat sampai ke tempat yang dituju tanpa bimbang dan rasa bersalah. Terima kasih Allah. En

Doa keselamatan dunia akhirat

Beberapa hari ini, minda dan jiwa saya sangat-sangat kacau. Saya pun kurang pasti kenapa. Saya merasa sangat-sangat merindukan abah. Terkenang segala kebaikannya, senyumannya, dan sangat ingin bersalam dan menatap wajahnya. Memberikan sedeqah Al-fatihah juga belum dapat meredakan ketegangan rindu kali ini. Abah.. Abah saya seorang bekas pesara guru agama. Sejak kecil lagi, saya sering didendangkan dengan irama-irama zikir dan bacaan merdu al-quran dari abah. Saya belajar mengenal huruf alif, ba, ta, surah-surah dalam muqaddam..seterusnya boleh membaca quran sebelum darjah satu, adalah kerana bimbingan abah. Sehingga tamat khatam al-qur'an..kerana bimbingan abah. Terkenang saya kepada suatu peristiwa ketika di dalam darjah dua sekolah agama, ustazah yang mengimamkan solat asar kami disurau, berpaling kepada saya dan rakan-rakan sekelas lalu bertanya, " Siapa diantara kamu yang boleh membacakan doa ringkas untuk kita semua selepas solat?". Kami semua diam. Ustazah m

Pentaksiran Pusat : Isu Hangat 2014

        Baru-baru ini, saya telah diberi peluang untuk menjadi salah seorang wakil sekolah bagi menghadiri taklimat penataran Pentaksiran Pusat bagi peringkat Negeri Sembilan. Apa itu pentaksiran pusat?         Pentaksiran Pusat merupakan salah satu cabang penilaian yang perlu di lengkapkan oleh para pelajar Tingkatan 3 didalam sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Jika sebelum ini, sehingga tahun 2013, pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia hanya mempunyai satu sahaja penilaian rasmi iaitu Penilaian Menengah Rendah (PMR) , maka melalui sistem Pentaksiran ini, pelajar-pelajar tingkatan 3 akan melalui 4 jenis penilaian iaitu Pentaksiran Berasaskan sekolah (PBS), Pentaksiran Pusat (PP), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan juga Pentaksiran Psikometrik. Pentaksiran peringkat sekolah telah mula berjalan sejak mereka di tingkatan 1. Begitu juga PAJSK dan Psikometrik. Hanya pentaksiran pusat yang belum dijalankan. Inilah yang akan dijalank

I-Think- Bubble Map dan Circle Map

Pada kursus Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) November 2013 yang lalu, saya dan rakan-rakan telah di dedahkan dengan kemahiran penggunaan 8 peta minda (I-think) iaitu :             1.  Peta Bulatan (Circle Map)             2.  Peta Buih (Bubble Map)             3.  Peta Carta Alir (Flow Chart Map)             4.  Peta Titi (Bridge Map)             5.  Peta Buih Berganda (Double Bubble Map)             6. Peta Pokok (Tree Map)             7. Peta Pelbagai Alir (Multi Flow Map)             8. Peta Dakap (Brace Map) Maka, berbekalkan ilmu I-Think diatas, saya sudah mengaplikasikan dua jenis peta minda untuk sesi p&p yang lalu. Seronok juga bila tengok hasil yang pelajar2 saya berikan. Walaupun belum menjadi kreatif sepenuhnya seperti guru2 lain, namun saya percaya kepada, "Kalau tidak mampu berjalan, lebih baik merangkak dari tidak bergerak". Ini contoh peta bulat yang saya minta pelajar hasilkan. Ini memang hasil dari pelajar yang tulus mengikut arahan :)

Markisa semakin lebat :)

             Dulu saya ada buat satu entry berkaitan pohon markisa saya yang sepokok. Macam-macam teori saya keluarkan kerana pohon itu lambat mengeluarkan hasil. Tapi setelah lebih dua tahun pokok itu ditanam, ia memang telah mengeluarkan hasil yang sangat menggembirakan untuk dimakan oleh seisi keluarga. Malahan markisa nan sepohon itu juga sudah banyak kali dapat disedekahkan kepada jiran sebelah menyebelah.            Kakak saya juga telah berjaya membuat kek markisa dari buah tanaman suami itu. Tambahan lagi, jiran saya juga telah menanam sepohon markisa di tanahnya, hasil dari biji benih markisa yang saya beri... Alhamdulillah...dari cik mes, dipanjang2 hasilnya hingga ramai yang mendapat manfaat.. Sukaaaaa~~  :) Bunga markisa saya berwarna putih. Taktau apa nama saintifiknya. Kawan2 pantai timur memanggilnya buah oren. Kawan2 negeri sembilan memanggilnya buah susu. Nama inggerisnya Passion fruit   :) Bila dah masak, buah markisa saya warnanya kemerah2an. Jiran saya