Hujung minggu yang lalu, kami ingin menghiburkan anak-anak dengan 'tidur hotel + mandi kolam + mandi laut'. Aktiviti 3 dalam 1 ni adalah aktiviti melepaskan tekanan seperti yang selalu kami lakukan. Destinasi kami kali ni adalah Melaka. Mulanya, rancangan hanyalah ke Tanjung Bidara Beach Resort, tapi kerana lambat membuat tempahan ditambah dengan cuti umum, resort tersebut telah penuh ditempah.
Maka, pencarian diteruskan melalui pakcik google hinggalah suami menemukan Hotel Pantai Puteri. Hotel ini merupakan hotel wakaf yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Maka, pencarian diteruskan melalui pakcik google hinggalah suami menemukan Hotel Pantai Puteri. Hotel ini merupakan hotel wakaf yang pertama seumpamanya di Malaysia.
Terletak di hadapan Pantai Puteri (dulu dikenali sebagai pantai kundur), hotel ini boleh ditemukan jika anda melalui jalan Tanjung Keling-Alor Gajah. Hotel ini adalah kerjasama diantara Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan syarikat JAWHAR.
Jenis-jenis bilik yang ditawarkan di Hotel Pantai Puteri
Bilik yang menjadi pilihan kami dengan harga yang berpatutan ialah Superior Twin Room
Yussuf sedang berlari dengan penuh semangat untuk terjun ke dalam kolam :)
Encik suami dan Noi memerhatikan aksi yang hendak dibuat oleh Yussuf. Kolam merupakan tarikan utama jika kami memilih hotel. Hotel yang mempunyai kolam, dengan harga bilik hotel yang berpatutan bawah rm200. Itulah yang selalu jadi pilihan kami :)
Panorama berhadapan dengan hotel. Sangat dekat dengan laut.
Pantainya bersih dan sentiasa dijaga.
Yussuf dan Noi bermain pasir. Masa kami pergi ni, masa musim angin kencang dan sejuk yang melanda Malaysia awal Januari 2013 haritu. Yussuf dan Noi tak sanggup mandi sebab sejuk sangat!~
Lukhman menikmati aktiviti berenang kesukaannya.
Terdapat juga gelanggang untuk bermain bola sepak pantai. Kelihatan juga bot-bot nelayan ada berhampiran, kerana kawasan Pantai Puteri ini adalah kawasan perkampungan nelayan.
Terdapat juga pasar pagi bersebelahan dengan bangunan hotel. Saya pergi dengan berjalan kaki sahaja. Cuma tak pasti samada pasar pagi ni ada hari-hari, atau pada hari yang saya pergi ni, pagi ahad.
Medan Selera Pantai Jaring. Bersebelahan dengan Hotel Pantai Puteri.
Pintu masuk ke lobi Hotel Pantai Puteri. Ada nombor telefon yang tertera jika anda beminat untuk menghubungi :)
Kali ni ke Melaka, kami banyak menghabiskan masa melepak di hotel ini saja. Tak keluar pun ke bandar hilir. Memang khusus untuk ' Tidur hotel + Mandi Kolam + Mandi Laut ' .
Nice review cikgu, tak sabar nak gi Melaka tak lama lagi. Terima Kasih
ReplyDelete