Skip to main content

Dusun Nora , Bukit Tinggi

         Kami belum pernah ke Bukit Tinggi, atau digelar Berjaya Hills di Malaysia. Beberapa tekanan ditempat kerja menyebabkan saya dan suami craving for holidays. Sangat-sangat nak bercuti! Maka tanpa dirancang, malam buat keputusan, search  serba sedikit, suami menelefon, maka seawal subuh saya pun berkemas barang-barang untuk kami ke Bukit Tinggi.

          Dari Seremban ke Bukit Tinggi mengambil masa lebih kurang 3 jam melalui lebuhraya PLUS, ke MRR2 dan seterusnya memasuki lebuhraya Karak. Suami sudah menempah penginapan di Nora Lodge, Berjaya Hill. Nora Lodge atau Dusun Nora ini ditemui hasil pencarian di internet kerana percutian tak terancang macam kami ni, bajet pun tak besar. Banyak orang menyatakan kos percutian di Bukit Tinggi mahal, hotelnya sahaja lebih RM200. Dek kerana nak sangat kenalah cari yang memenuhi bajet :)



        Untuk sampai ke kawasan penginapan ini, kami melalui jalan naik ke Bukit Tinggi dan menemui papan tanda Dusun Nora di sebelah kanan jalan. Laluan ini memang adventure sebab melalui tepi dusun durian(excited betul siap berhenti ambil gambar sebab pokoknya rendah dan buahnya boleh digapai dengan tangan! kami pergi ni musim durian dan musim hujan) dan melalui betul-betul tepian bukit yang curam.

Ragu-ragu juga betul atau tidak laluan ni tapi redah je lah.Jumpa juga tempat yang dicari. Aduhai...sungguh mengkagumkan. memang berbaloi! Seronok betul memandang ke pergunungan dan kehijauan dan kabus dan sejuk!


Gambar pemandangan depan chalet.

Tingginya lokasi ni sehinggakan lebuhraya Karak nampak sayup di mata..



anak dara sorang tu seronok bergoyang-goyang di kerusi yang ada


Kawasan ini merupakan kawasan lereng bukit. Menurut ownernya, proses meratakan kawasan cenuram bukit mengambil masa beberapa tahun kerana ruang yang terhad, mereka menggunakan cangkul semata-mata. Takut berat excavator atau jentolak merosakkan struktur tanah. Sebab tu bilik air chalet ini berkongsi diluar dua chalet satu bilik air. Semuanya ada enam chalet. Tempat makan dan minum berkongsi diruang yang disediakan. Dalam masa terdekat jumlah chalet akan bertambah 4 lagi menjadikan jumlahnya 10 buah, sesuai untuk family day atau reunion kecil.



Santai sungguh dengan angin bukit, dan latar belakang gunung sampai tertidur anak bujang saya tu.



Waktu kami sampai, cuaca cerah bertukar menjadi mendung. Hujan yang turun memberikan kami panorama indah yang amat bernilai melegakan perasaan, menyejukkan hati dan minda. Kabus yang muncul disebalik hutan sungguh mengujakan!

Dari segi makanan, Berjaya Hill memang telah diketahui mahal makanannya. Jika kita hendak makan dan minum, boleh minta Dusun Nora sediakan beberapa makanan yang simple seperti nasi goreng atau mi goreng. Kami memang telah maklum perkara ini dan membawa bekalan makanan sebelum mendaki bukit. Cuma untuk sarapan pagi keesokannya, minta pihak chalet sediakan :)



Gambar sebelum diserang. Mainan guli dan congkak dan blok kayu tersusun kemas.

Gambar selepas menyerang. Hahaha 


Anak-anak seronok berada di sini. Maklumlah tempat sejuk. Yang pasti, insyaAllah kami akan datang lagi kesini!








> ooOoo...cikgu batalkan kelas tambahan last minute haritu sebab nak pegi sini ye...

>>iyelah..kamu asyik cakap kamu nak release tension, release tension.. cikgu pun nak release tension  juga hahahaha













Comments

  1. Salam..boleh x bg contact no nora lodge ni..hazie_07@yahoo.com.my

    Tq

    Hafizah

    ReplyDelete
  2. No contactnya 012-2015218 (Puan Nora) :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum Tuan/Puan.

    Salam dari Kita Holidays Travel & Tour Indonesia.
    Kalau Tuan/Puan nak melawat ke Indonesia, jangan risau hati sila hubungi kami di:

    KITA HOLIDAYS TRAVEL & TOUR INDONESIA
    Tour operator & Travel Agency

    Kami memberikan pengkhidmatan tour ground handling di beberapa daerah yang favorit untuk di lawati di Indonesia. Kami arrange secara profesional dan dengan penuh rasa kekeluargaan juga dengan harga tour yang sangat berpatutan seperti ke : Padang dan Bukittinggi Tour, Aceh Tour, Medan Tour, Jakarta dan Bandung Tour, Jogjakarta Tour dan Bali Muslim Tour.

    Contact person : Amsyahril
    Mobile : +6285263007445
    E-Mail : am_holidays@yahoo.com / kita_holidays@yahoo.com / kitaholidays@yahoo.com.

    ReplyDelete
  4. Salam..

    Saya wartawan kosmo..

    Boleh tak saya keluarkan komen cikgu untuk artikel saya di kosmo... Saya dah pergi ke nora lodge tapi xde pelanggan untuk ditemubual.. Jika boleh emel saya di ketamahal@gmail.com

    ReplyDelete
  5. 016-407 4657 ni no pakcik yg incharge skrg..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tema colour blocking untuk hari guru 2018

         Sambutan hari guru tahun ni meriah sungguh dengan pelbagai warna warni pakaian guru2 smk durian mas. Tema colour blocking sememangnya tema yg menarik kerana guru2 dikehendaki memakai pakaian yg berbeza2 dan kontra warna nya. Tidak boleh sama kaler tudung dgn kaler baju dengan kaler kain dengan kaler kasut dengan kaler handbag hehehehe memang puas juga lah membuka wardrobe dan menyuai padan semua kaler2 baju sedia ada hihihi 😁         Semua rakan guru tak kira lelaki atau wanita mmg bersatu hati memenuhi kehendak tema. Saya kebetulan merupakan guru bertugas minggu ni. Jadi tak dpt sama2 berselfie masa pagi sebelum semua guru bersedia berarak dan masuk ke dewan dmas. Anggun, jelita, hensem, gojes semua rakan2 guru 😍 colourful hehehe Walaupun kami bertugas mengawal murid2, nak selfie jugak hahahaha Aktiviti hari guru adalah seperti masa2 sambutan yg lalu, membaca perutusan dari pihak2 atasan seperti kppm dan jpn, sukaneka, persembah

Fibroid : Wanita tanpa rahim

Ini cerita saya yg terkini. 2019 yg penuh memori. Gambar harini, first day kerja, 3 minggu selepas pembedahan. Muka nampak cengkung dan kurus sgt. Saya hilang byk berat badan dek kerana hilang byk sgt darah sebelum ni. Harap lepas ni dpt berisi sikit hehe Hari ini genap 3 minggu selepas saya membuat pembedahan buang fibroid dan rahim. Hari ni juga hari pertama saya mula bekerja semula. Alhamdulillah  dapat kelulusan untuk duduk mengajar di bilik khas bilik APD( alat pandang dengar) sepanjang 2 minggu akan datang ni. Jadi tak perlu naik tangga turun tangga untuk ke kelas2 pelajar. Hanya duduk di sini dan menunggu pelajar2 saya datang. Walaupun secara keseluruhan nya saya merasa sihat dan sudah boleh mula bekerja, tetapi kena juga menjaga kesihatan supaya tak mendatangkan apa2 mudarat. Jangan berjalan banyak, jangan berjalan laju sgt, dan jangan angkat benda2 yg berat. Sekurang2nya sebulan setengah kata doktor. Sebab tu saya mohon izin duduk bilik ni buat sementara. Men

20 Aktiviti untuk Pelajar Pasca PT3

Setelah selesai Pentaksiran PT3, waktu persekolahan masih ada berbaki lagi sebulan lebih bagi pelajar-pelajar tingkatan 3. Nak belajar lagi? Rasanya inilah ruang dan waktu untuk mereka melepaskan tekanan selepas berusaha bersungguh-sungguh belajar dari awal tahun untuk memastikan kecemerlangan dalam pencapaian akademik mereka.  Apa yang boleh dilakukan oleh para pelajar? Aktiviti yang masih berada dalam skop pembelajaran, pdp luar bilik darjah. Sekolah saya telah menetapkan bahawa pelajar-pelajar ini akan di kawal selia oleh satu unit panitia sekurang-kurangnya 3 kali pertemuan di sepanjang tempoh program pasca. Guru-guru yang terlibat akan merancang dan menjalankan aktiviti sepanjang waktu pdp sehari bersama panitia yang ditetapkan. Berikut saya kongsikan antara aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan oleh pelajar pasca pt3 2017 sekolah saya. 1. English Day Carnival     Antara aktiviti yang dilakukan sepanjang sehari ini ialah explorace dan treasure hunt. 2