Fuhhhh!!~Tamatlah sudah sesi persekolahan 2012. Sesi 2012 memberi beberapa cabaran baru kepada saya. Saya dilantik menjadi setiausaha ppsmi...saya tak begitu bertanggungjawab terhadap jawatan ini kerana pada beberapa bulan pertama, saya ada assistant yang sangat komited, anis.Tapi tiba-tiba dia dapat pindah ke sekolah di Melaka, meninggalkan saya terkontang kanting menyelesaikan masalah berkaitan laptop, lcd, software etems, stok simpanan dan pantauan maitainance... susah hatinya masa tu...mujur ada syafiq dan en Khalid dan cikgu shahril yang cekap membantu menyelesaikan masalah yang ada.
Apa lagi perkara lain? Haaa...saya menjadi guru penasihat pengakap. Kena pergi perkhemahan? Alamak zaman dulu melompat lompat kalau ajak berkhemah...tapi sekarang susah dah sebab komitmen keluarga yang lebih menuntut. Zon Pengakap Kuala Pilah mengadakan 5 sesi perkhemahan dan ujian lencana, tapi saya hanya mampu menghantar penyertaan pelajar sekali sahaja. Itu adalah kerana ianya dijalankan pada hari persekolahan. 4 lagi diadakan pada hari cuti. Minta maaf ye cikgu Arifin.
Ada lagi yang lain? Hmm...PBS(Pentaksiran Berasaskan Sekolah). Ini merupakan cabaran baru yang paling menuntut komitmen dan keprihatinan guru. Guru perlu membuat ujian band kepada setiap pelajar dan kalau tak paksa diri untuk buatkan ujian, pelajar tidak akan ada eviden dan tidak dapat berusaha untuk sampai ke pencapaian tertinggi mengikut kemampuan mereka. Sehingga ke saat-saat akhir sehari sebelum cuti, saya masih lagi memberi kertas ujian band 6 kepada pelajar saya. Mereka nak cuba. Takkan saya buat taktau saja? Mestilah beri juga kan? Mereka nak juga tahu mereka layak atau tidak dapat band 6 itu.
Hmm..tugas baru yang lain..Mengawas peperiksaan. Sungguh saya dah 8 tahun mengajar, tapi 7 tahun yang lalu tidak pernah menerima tugas mengawas peperiksaan sama ada PMR atau SPM. Alasan klasik saya, saya mudah mengantuk bila jaga exam.Walaupun menerima tawaran tapi cepat je buka tawaran kepada kawan-kawan lain untuk mengganti saya. Tapi, tahun ni saya sahut cabaran itu, mengawas peperiksaan PMR yang lalu.
oh oh terlupa! Tahun ni pun buat pertama kalinya saya ada buka gerai masa hari kantin. Selalunya, kena paksa wajib barulah buka gerai tapi tahun ni volunteer hahaha. Jual jagung rebus je tapi laris sungguh sebab jual dengan sangat murah! anak murid yang jadi jurujual pembantu saya, semuanya tak puas hati kenapa saya jual murah sangat. Takpelah :) saja saya bersedekah pada anak2 didik saya. Yang membeli tu kan semuanya orang yang saya sayang..kawan-kawan sekerja, anak murid, ibu bapa mereka. Apapun terima kasih shahril, hilmi, hambaly dan tuah, sebab sudi tolong saya :)
Mana pulak peginya hambaly masa ni. hah monteng tugas ye!!
Banyak lagi tugas adhoc yang berlaku di sekolah, di rumah,berhubung kait dengan keluarga, rakan sekerja...semuanya menambah pengalaman baru yang amat berharga buat diri saya. 8 tahun, nampak macam dah lama. Tapi, tetap sentiasa belajar perkara yang baru. Pengalaman adalah guru terbaik, dan pengalaman..menjadikan siapa diri kita hari ini...dan akan datang.

Comments
Post a Comment